sekadar hiasan |
Terlalu banyak perkara yang menakjubkan didunia ini..kalau nak direnung memang tak mungkin kita dapat mengumpulkan kesemuanya sekaligus..lihat sahaja matahari yang terbit...bumi kita yang berputar, bintang yang berkelipan di malam hari, hujan, gunung berapi, kutub utara dan selatan, laut mati dan lain lain lagi...
tapi taukah anda satu perkara yang kita ulanginya setiap hari tanpa kita sedari? penulis bukan nak membawa para pembaca ke suatu pemikiran mengarut tapi percayakah kita bernasib baik kerana dapat mengulanginya setiap hari bahkan mungkin juga setiap masa apabila kita melakukannya..tau atau tidak?
ada banyak perumpamaan tapi penulis hanya maksudkan satu perkara sahaja...
JAMAL ABDILLAH menyanyikan lagu mati hidup semula sehinggakan lagu itu menjadi hit...tahukah anda cerita lagu itu?
ada cerita orang yang sudah disahkan mati tiba tiba dengan izin ALLAH kembali hidup...doktor telah mengesahkan kematiannya...macam mana tu?
orang yang didalam tahanan dan dijadikan tebusan oleh pengganas menyangkakan ajal mereka bila bila masa sahaja..tapi apabila di selamatkan oleh pihak berkuasa terasa seolah olah mati hidup semula...
penulis juga pernah rasa perasaan itu...suatu hari tu, penulis bermimpi memandu sebuah kereta dan telah merempuh dinding batu..apalagi berkecai kereta yang penulis pandu...terasa seolah olah penulis dapat melihat gerak perlahan kemalangan yang mengerikan itu...mainan tidur semata mata...tapi bila tersedar, mimpi itu ternyata membuatkan penulis merasakan seolah olah mati hidup semula..
hmm...dapatkah anda meneka apa yang bermain di fikiran penulis?
apa yang penulis cuba kongsi disini adalah tidur yang dapatlah diibaratkan mati hidup semula...bayangkan anda telah tidur dan memejamkan mata anda selama beberapa jam, dapatkah anda memastikan bahawasanya anda akan bangun semula? bagaimana kalau anda tidak bangun? bagaimana kalau anda terus tertidur? bagaimana kalau anda tidur tanpa henti henti?
kita harus bersyukur setiap kali kita bangun dari tidur kerana tuhan mengizinkan kita untuk terus meneruskan hidup kita dan melalui takdir takdir hidup yang telah ditentukanNya...
kita tak tau bila kita akan mati dan TIDAK HIDUP SEMULA...jangan menyesal sebelum tiba 5 perkara...
sihat sebelum sakit, muda sebelum tua. kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati....
COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.
All Rights Reserved.
DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan