enuff is not enuff

Khamis, 1 Mei 2014

Tikam dari belakang?! Kenapa bukan depan?!

Topik ni dah banyak kali orang sebut dan citer. Kenapa orang masih citer benda yang sama berulang-ulang dan berbagai-bagai versi wujud? Sebab bende cenggini masih berlaku walau semoden mana sekalipun peradaban manusia. Akal manusia mungkin sudah berkembang atau sel-sel otak sudah berhubung dengan  baik, tetapi sel-sel dengki, khianat, sakit hati, benci dan yang seangkatan dengannya masih bertapak didalam minda sesetengah manusia yang tidak dapat dipastikan sebab musababnya beliau bersifat sedemikian rupa. "...kan lebih baik kau lahir sebagai haiwan..." petikan dialog P.Ramlee dalam filem Ibu mertuaku.

Mungkin nalurinya ibarat haiwan tetapi masih menyerupai seorang manusia barangkali. Apa bole buat, kita ini hidup berkumpulan dan bersosial diantara satu dengan yang lain. Takmo campuq orang pi dok dalam hutan or jungle. Kalau nak berdengki khianat pun dengan haiwan je yang tiada nafsu materialistik memadai dengan nafsu untuk kepentingan fitrahnya sahaja iaitu makanan, membiak dan yang bersesuaian dengan sifat haiwannya.

Tikam menikam tanpa mengeluarkan darah ini perkara biasa dalam masyarakat atau komuniti manusia. Dalam dunia haiwan pun ada tetapi dalam bentuk kes yang terpencil, tidak mungkin sampai menjejaskan kredibiliti haiwan tersebut dalam jangka masa panjang. Tetapi lain pulak dengan komuniti manusia ini, tikam belakang ini boleh berlarutan sampai beberapa keturunan, kadang-kadang menjadi dendam kesumat yang tiada pengakhirannya. tiada kesudahan..

Apa yang penulis maksudkan adalah orang yang mengambil kesempatan atas kemesraan atau kebaikkan kita dengan mengeksploitasikan sesuatu itu untuk kepentingan dirinya atau yang memberi faedah ke atas sesiapa yang bersangkut paut dengan si pelaku tersebut. Yang menjadi mangsa akan menanggung akibat atau apa-apa sahaja kesan yang dijangka hasil tindakan yang tidak bertimbang rasa berkenaan...tikam belakang..

Kadang-kadang, tanpa kita sedari pun orang boleh tikam dari belakang. Kalau sedar takpe, kalau tak sedar memang bahaya. Kerana perkara-perkara sebegini tiada saluran untuk aduan. Mangsa harus berusaha sendiri untuk menegakkan keadilan atau menebus kembali maruah yang telah tercalar.

Beringat lah sebelum terkena kerana malang tidak berbau...berhati-hati dari setiap sudut dan peka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda kerana anda tidak tahu bila dan dimana orang akan menikam anda..belakang ke depan?!

Sekian...

COPYRIGHT © 2000-2014 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Rabu, 30 April 2014

REV II : SAYANG ker?!...

"I SAYANG DENGAN YOU, PERCAYA LAH...TAKDE POMPUAN LAIN DALAM DUNIA NI YANG I SAYANG MCM I SAYANG YOU TAU..." - biasa dengar tak dialog ni?..hehe...

   
"ABG, SAYA SAYANG KAT ABG TAU, JANGANLAH PERSIAKAN KASIH SAYANG SAYA NI.." - yang ni pernah dengar??!

Lelaki kalau dah sayang, memang mulut dia lagi manis dari gula. Especially kalau tgh dok ber"couple", memang hari hari dia cakap SAYANG kat awek dia. Ala, pompuan pun apa kurangnya, kalau bab SAYANG nie ada yang tut tut tut...tergadai, habuk pun tarak...hehe...



Orang bercinta jugak tapi RASIONAL la sentiasa dalam pemikiran. Jangan terlalu menurut kata hati...

Ikut rasa binasa, ikut hati mati... :-)

Tipulah kalau penulis kata tak pernah bercinta atau jatuh cinta...penulis juga manusia macam anda juga, punyai perasaan dan hati, dan juga tidak dapat LARI dari putus cinta...kalau anda benar benar bernasib baik, anda akan bercinta SEKALI je seumur hidup, kalau anda macam diri penulis juga, dah tentu PUTUS tu perkara biasa..

ada teman penulis memberi pendapat, CINTA PERTAMA selalunya susah nak lupa..sebab itulah kali pertama kita jatuh cinta dan kali pertama juga kita SAYANG kat seseorang yang bukan ahli keluarga kita dan dah tentu takde kena mengena dengan kita terutamanya dari segi hubungan darah...kalau ada yang BERCINTA dengan adik beradik, samada dengan sengaja atau tidak tahu kerana terpisah dari kecik..wallahualam...

SAYANG ni kuat POWERnya...kalau tidak masakan ada...mintak maaf kalau ada yang tersinggung, anak dara yang sanggup tinggalkan rumah ikut JANTAN ( kalau dia lelaki tak mungkin dia akan LUKAKAN hati para ibubapa gadis ) lari dari rumah. Tinggalkan segalanya DEMI JANTAN yang disayangi..

hehe...ada ke lelaki yang SAYANG sgt kat pompuan, sanggup tinggalkan keluarga dan saudara mara? selalu kita dengar citer pompuan lari dari rumah sebab ikut JANTAN, tapi ada ke kita dengar lelaki lari dari rumah sebab ikut BETINA? ada....cuma tak dibesar besarkan sahaja...malu la...hehe

SAYANG juga bole mengubah seorang jadi sebaliknya. kalau dulu dia jahat ( kononnya, tersebut kisah ) bila dia jumpa seorang perempuan yang baik budi pekerti, terus dia berubah...jadi baik ( al hamdullilah )....mcm juga sorang pompuan yang jahat, bila dia jumpa sorang lelaki yang baik, dia berubah, sebab 1 perkara, mereka saling SAYANG di antara 1 sama lain. inilah yang mengubah persepsi diri mereka ke suatu POSITIF attitude....

malang sekali, ada juga yang berubah sebab SAYANG punya pasal dari seorang yang BAIK ke suatu jenis manusia yang seharusnya dihindari oleh kita kerana terlalu banyak KERUGIAN yang kita perolehi berbanding KEUNTUNGAN...tak berbaloi kalau jadi macam ni sebab kita sayangkan seseorang...EDISI SIASAT ada sampel yang penulis maksudkan...

SAYANG kita pada mak dengan bapak kita adalah KEUTAMAAN...adik beradik, saudara mara dan sahabat handai datang kemudian...penulis berani GUARANTEE, anda semua sentiasa dirahmati dan kekasih yang anda miliki kerana kurniaanNYA pasti yang terbaik kalau kita YAKIN dan PERCAYA segalanya adalah yang terbaik kalau dtgnya dari Illahi..yang buat jadi tak baik dah tentu dari kesilapan kita sendiri samada secara tidak kita sedari atau tidak di sengajakan atau memang anda sengaja...


Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya...MATAHARI yang kuat bercahaya pun berenti bila malam tiba...hujan yang lebat menggila pun teduh juga bila sampai waktunya, manusia yang diistiharkan sebagai yang TERTUA di dunia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...begitulah juga dengan hidup kita yang mcm roda ni, dunia kita yang semakin TUA...manusia manusia yang BERTOPENG kan manusia...semakin banyak...

jadi, wahai pembaca yang budiman dan penulis hormati, SAYANG pun mcm roda juga, RODA IMPIAN....jangan sampai tersalah STOP...kalau salah, kita yang RUGI...pusingkan roda betul betul dan buat pilihan bijak...



SAYANG boleh, tapi jangan salah orang...dan membabi buta :-)


COPYRIGHT © 2000-2014 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. www.geinwo.com

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.