enuff is not enuff

Isnin, 22 Oktober 2012

MATI HIDUP SEMULA...

sekadar hiasan


Terlalu banyak perkara yang menakjubkan didunia ini..kalau nak direnung memang tak mungkin kita dapat mengumpulkan kesemuanya sekaligus..lihat sahaja matahari yang terbit...bumi kita yang berputar, bintang yang berkelipan di malam hari, hujan, gunung berapi, kutub utara dan selatan, laut mati dan lain lain lagi...

tapi taukah anda satu perkara yang kita ulanginya setiap hari tanpa kita sedari? penulis bukan nak membawa para pembaca ke suatu pemikiran mengarut tapi percayakah kita bernasib baik kerana dapat mengulanginya setiap hari bahkan mungkin juga setiap masa apabila kita melakukannya..tau atau tidak?

ada banyak perumpamaan tapi penulis hanya maksudkan satu perkara sahaja...

JAMAL ABDILLAH menyanyikan lagu mati hidup semula sehinggakan lagu itu menjadi hit...tahukah anda cerita lagu itu?

ada cerita orang yang sudah disahkan mati tiba tiba dengan izin ALLAH kembali hidup...doktor telah mengesahkan kematiannya...macam mana tu?

orang yang didalam tahanan dan dijadikan tebusan oleh pengganas menyangkakan ajal mereka bila bila masa sahaja..tapi apabila di selamatkan oleh pihak berkuasa terasa seolah olah mati hidup semula...

penulis juga pernah rasa perasaan itu...suatu hari tu, penulis bermimpi memandu sebuah kereta dan telah merempuh dinding batu..apalagi berkecai kereta yang penulis pandu...terasa seolah olah penulis dapat melihat gerak perlahan kemalangan yang mengerikan itu...mainan tidur semata mata...tapi bila tersedar, mimpi itu ternyata membuatkan penulis merasakan seolah olah mati hidup semula..

hmm...dapatkah anda meneka apa yang bermain di fikiran penulis?

apa yang penulis cuba kongsi disini adalah tidur yang dapatlah diibaratkan mati hidup semula...bayangkan anda telah tidur dan memejamkan mata anda selama beberapa jam, dapatkah anda memastikan bahawasanya anda akan bangun semula? bagaimana kalau anda tidak bangun? bagaimana kalau anda terus tertidur? bagaimana kalau anda tidur tanpa henti henti?

kita harus bersyukur setiap kali kita bangun dari tidur kerana tuhan mengizinkan kita untuk terus meneruskan hidup kita dan melalui takdir takdir hidup yang telah ditentukanNya...

kita tak tau bila kita akan mati dan TIDAK HIDUP SEMULA...jangan menyesal sebelum tiba 5 perkara...

sihat sebelum sakit, muda sebelum tua. kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati....

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Ahad, 21 Oktober 2012

ATAS TUTUP, BAWAH BUKAK?!...


Apa khabar wahai para pembaca yang budiman? penulis harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga dan sahabat handai. penulis sudah lama tidak menyumbangkan sesuatu disini, yang terbaru dari penulis adalah artikel mengenai ROGOL yang penulis antar untuk tatapan anda semua semoga memberi manfaat dimana yang sesuai dan iktibar jika dapat menyaring mesej yang tersirat.

ermm...penulis ingin membawa anda semua ke suatu lagi isu yang bolehlah dikatakan kerap jadi bahan debat dan perbualan dewasa ini. mungkin ianya baru dan juga mungkin ianya rutin bagi sesetengah dari anda yang PEKA tentang perkara ini.

ermm..penulis pasti anda semua yang bijak pasti tahu apa yang penulis maksudkan dengan tajuk artikel ini kan?! ya, betul, penulis ingin memberikan sedikit pandangan dari pemerhatian penulis tentang kaum hawa yang memakai tudung tetapi sudah terpesong sedikit pemahaman mereka tentang NILAI NILAI MURNI yang seharusnya ada dalam diri si pemakai tudung...

bukannya nak mengKRITIK, jauh sekali untuk memPERSENDAKAN golongan ini, tetapi lebih kepada pendapat penulis dari kaca mata dan luahan kenalan kenalan penulis tentang mereka ini. TUDUNG bukan FESYEN!! jangan samakan dengan GUCCI, ARMANI, DKNY atau mana mana jenis pun yang sama makna dengannya...jangan jadi BUTA MATA...

disini penulis nak berkongsi apa yang penulis lihat dengan mata kepala sendiri dan bukannya dari cakap cakap mulut atau cakap cakap kosong sahaja...ini kerana penulis melihat sendiri seorang hawa yang bertudung kepala, tetapi dengan "murah" "mengiklankan" dirinya "dipasar terbuka" tanpa segan silu...dengan bahasa MUDAHNYA, pakai tudung tapi pakaian sendat sana sini, bukan setakat "gunung berapi je yang bergegar", punggung pun bergoyang goyang macam tgh jalan kat CATWALK...macam mana nie? anda semua tahu bahawa HAWA HAWA ni memang LAWA LAWA dan CANTIK CANTIK belaka...jadi, hayatilah NAWAITUnya..bukan sekadar ikut ikutan...orang nak pakai tudung, awak pun nak pakai tudung....jangan kerana NILA setitik ROSAK susu sebelanga..kan?!

penulis TIDAK SETUJU dengan cara pemakaian seperti yang penulis lihat dan seperti yang anda lihat dimerata rata tempat terutama dikawasan bandar...dimana hutan hutan batu memenuhi segenap ruang...golongan ini perlu dijelaskan SEBAB SEBAB yang SEMPURNA kenapa ia tidak sesuai...kita memang dah MODEN, tapi FIKIRAN jangan KUNO...betul? ISLAM sudah MODEN sebelum BARAT moden...jadi kenapa kita KE BELAKANG?..seharusnya kita ke DEPAN..dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi ideologi yang cuba diserapkan dalam minda kita terutamanya belia oleh sarjana sarjana dan cerdik pandai barat yang cuba MENGELIRUKAN pemikiran kita dengan IDEA IDEA yang lebih bersifat MANUSIA yang jelas tidak mungkin BAIK 100%...fikirkanlah...

sekadar hiasan


penulis berharap sangat HAWA yang suka berbuat begini BERUBAH..cukuplah sudah apa yang dah berlaku dewasa ini seperti yang pernah didedahkan oleh sebuah tv swasta yang melibatkan HAWA yang BERTUDUNG...peliharalah MARUAH anda...persepsi penulis dan mungkin juga segelintir pihak sudah terhakis dengan SIKAP para HAWA yang berkenaan...macam satu artikel yang penulis baca baru baru ini tentang seorang HAWA yang bertudung tanpa segan silu DIPERLAKUKAN seperti gadis murah tepi jalan oleh "teman lelakinya"...kalau CINTA dijadikan alasan...penulis harap anda tidak mencampur adukkan CINTA dengan NAFSU...wahai para pembaca sekalian, pada pendapat penulis, CINTA dan NAFSU adalah 2 perkara yang berbeza...renung renungkanlah..

penulis amat berharap situasi ini dapat diminimumkan kesannya...maksud penulis, HAWA akan berubah dengan sendirinya...kerana HANYA kita yang dapat mengubah sendiri...dan bagi para HAWA yang mempunyai sahsiah rupa diri yang SECOCOK dengan pemakaian tudung, penulis pandang MULIA usaha anda untuk memartabatkan diri anda dimata masyarakat dan TUHAN...diharap tulisan ini mampu membantu penulis menyampaikan mesej yang ada dalam fikiran penulis TANPA PAKSAAN...jika anda berminat untuk mengetahuinya, anda pasti baca artikel ini sehingga tamat kan? jika tidak?!!...faham faham je la...

sekadar hiasan


ermm...pakai tudung ke, tak pakai tudung ke...itu hak MASING MASING bukan? terpulang lah...nak tutup ATAS je ke..tapi yang bawah bukak...itupun HAK individu...cuma, penulis nak bawa perspektif anda jika anda mahu apa yang anda lakukan tidak dikritik oleh orang lain...kita duduk dalam masyarakat...bukan MANUSIA namanya kalau TIDAK MENGATA...jadi??!! kalau nak privasi sgt..taknak dengar orang KOMPLEN...duduk kat HUTAN...hehe...sembangla dengan orang BISU...tapi bukan ORANG BETUL...orang UTAN je ler....hehe..

penulis pernah terdengar pepatah CERDIK TIDAK BERAKAL...jadi, renungkanlah...



COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Sabtu, 20 Oktober 2012

ROGOL...



Sekarang ni macam macam hal yang dah berlaku dalam masyarakat kita, bukan setakat jenayah terancang malah yang tidak terancang pun semakin menular dan yang lebih parah bila manusia sudah tidak gentar dengan undang undang.

Apa sudah jadi dengan manusia? adakah kerana yang bertopengkan binatang semakin ramai di kalangan kita?

penulis ingin bawa anda semua, wahai pembaca yang budiman menyentuh perkara ROGOL yang semakin menjadi jadi sekarang berdasarkan laporan media yang menghidangkan kita dengan berita berita dan laporan yang sudah tentu menyentuh sifat kemanusiaan kita dan mencabar maruah kita semua apabila ROGOL menjadi topik hangat dan panas dewasa ini.

penulis melihat dari suatu sudut yang sudah tentu berbeza dengan sebilangan anda semua.

penulis merasakan jenayah ROGOL ini berleluasa apabila sikap masyarakat yang sejak azali lagi terutamanya masyarakat kita, yang mengamalkan sikap sudah terantuk baru tengadah...aaddooii..ini lah puncanya yang dapat di lihat...tak payah tengok ROGOL je...tengok la benda benda lain yang di bawah kategori JENAYAH...macam macam...

abis tu, kalau dah berlaku baru nak terhegeh hegeh nak pergi betulkan nak buat apa kan? kekadang bukan semua benda ada xtra-TIME untuk di perbetulkan...kekadang, SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT...atau...NASI DAH JADI BUBUR...apa lagi yang terdaya kita lakukan? memang ada pepatah...malang tak berbau..tapi sejauh mana kita menghayatinya? ada ke orang yang benar benar prihatin? malah institusi keselamatan di negara kita juga sedikit sebanyak sudah tidak RELIABLE lagi...jadi?

ermm...penulis bukan pakar jenayah, tetapi kalau dah berlaku dalam kawasan sendiri, ini dah kira kes, "kau pnuya hal, kau setel sendiri, aku punya hal, aku punya hal, kau punya hal, kau punya hal..." dalam erti kata ringkas tapi kurang ajar ialah,"bukan hal aku, pandai pandai kau la"...bila benda mcm ni dah menular dalam masyarakat...apa yg bole kita buat? sekarang terpulang kepada setiap individu untuk memainkan peranan masing masing agar dapat MENCEGAH..itu yang paling minimum...

pada pendapat penulis, kes kes tertentu kalau berlaku di suatu tempat yang ASING...penulis boleh terima kesudahan MENGERIKAN dan MENYEDIHKAN buat mangsa, tapi kalau dalam kawasan yang DIDIAMI manusia..agak malang kerana ia tidak dapat dielakkan...malah menjadi suatu bahan debat antara satu sama lain dan tuding menuding sehingga bole menimbulkan suasana tegang...inikah yang kita mahu? sedangkan mangsa sudahpun menerima akibatnya hasil perbuatan jenayah penjenayah penjenayah yang boleh jadi sesiapa sahaja dalam konteks ROGOL ini...

penulis amat bersimpati dengan mangsa mangsa dan keluarga mereka kerana bukan pinta mereka perkara sebegini berlaku dan menyebabkan mereka kehilangan orang yang tersayang. kalau berlaku kepada kita bagaimana rasanya? tentulah kita tidak mahu bukan?

bagaimana nak mengelak perkara sebegini dari berulang/berlaku?

1. buat kaum perempuan tidak kira muda atau dewasa, silalah jangan BERSEORANGAN...pastikan anda berteman dan BERITAHU kepada keluarga atau kenalan tujuan dan tempat tujuan anda...

2. JANGAN mudah termakan pujuk rayu dan amalkan sikap MENOLAK kepada orang yang pertama kali ditemui atau orang yang asing sungguh kepada anda...

3. jika rasa TERANCAM bersiap sedia untuk BERLARI DENGAN SEKUAT KUAT HATI dan MENJERIT DENGAN SUARA ANDA YANG PALING TINGGI...

4. Bawalah alat KESELAMATAN YANG dicadangkan oleh kerajaan untuk digunakan pada masa KECEMASAN...

5. elakkan LANGKAH NOMBOR 1...DUDUK RUMAH JER...

ermmm...itulah cadangan cadangan yg terlintas di fikiran penulis...harap2 berkesan...

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI...? fikir fikirkan lah..



COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Jumaat, 19 Oktober 2012

RESPEK...



Jika anda ingin orang respek anda jadi anda kenalah respek orang...respek bukan setakat budi bahasa bahkan dari segi perbuatan dan juga penampilan anda..

kita respek pada kedua ibubapa kita dan tak mungkin kita akan hantar mereka ke rumah orang tua tua atas alasan sibuk dan leceh untuk menjaga kebajikan mereka...kalau kita tak respek kita mungkin akan hantar mereka...ini pendapat penulis..

kita respek kat adik beradik kita...kalau kita yang sulung, pastikan kita respek kat adik adik dan jangan bersikap seperti kuku besi...kita yang tentukan segala galanya dan arah mereka sewenang wenangnya...kita tak mau dengar pandangan atau pendapat mereka...ini tidak akan membantu proses hormat menghormati secara normal dan natural...apa yang kita harus lakukan adalah bertolak ansur dan bersikap terbuka..kita juga pernah muda macam mereka..selain dari ibubapa yang sibuk bekerja menyara keluarga kita juga berperanan untuk mendidik..terutamanya adik adik supaya respek pada golongan tua walaupun bukan ahli keluarga...



kalau kita bukan anak sulung, jadi kita mungkin ada abang atau kakak...jangan amalkan sikap suka memberontak kerana ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul...respek...itu penting agar anda akan dilayan seperti yang anda inginkan...orang melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun bukan? jadi amalkan...

respek pada kawan kawan juga adalah penting..kalau kita respek pada mereka insyaAllah mereka juga akan respek pada kita...respek bukan pada tutur kata semata mata, bahkan dari segi sikap dan budi bicara kita ketika bersama kawan kawan..penulis ingin beri contoh, cara kita berbahasa yang sentiasa respek pada kawan kawan kita, nescaya mereka juga akan bersikap begitu, tetapi kalau anda sendiri tidak mahu menggunakan bahasa yang sewajarnya, maka anda tidak akan mendapat respek yang anda ingini..

dari segi sikap, tidak mementingkan diri sendiri juga secara automatik akan membuatkan anda di respek...percayalah, walaupun anda seorang kanak kanak semuda usia 5 tahun, anda juga suka menilai orang orang di sekeliling anda secara automatik...



melentur buluh biarlah dari rebungnya...

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Khamis, 18 Oktober 2012

KAWAN...



Dulu semasa kecil penulis ada seorang rakan karib, kemudian terpisah hubungan kerana penulis berpindah..kemudian penulis mempunyai kawan karib yang baru, semenjak dari tingkatan 1 sehinggalah sekarang..

setiap dari kita pasti ada kenangan kenangan yang tidak dapat dilupakan dan tidak kurang juga yang mencabar status persahabatan yang kita jalinkan...

tapi buat pengetahuan anda semua rakan karib penulis adalah seorang lelaki...penulis sehingga sekarang begitu sukar untuk mempercayai yang lelaki dan perempuan mampu menjadi rakan karib tanpa ada perkara sampingan...maksudnya ada hubungan intim...

dulu masa penulis bercinta kemudian oleh kerana ditakdirkan berpisah, penulis masih lagi berkawan dengan bekas X penulis walaupun ada segelintir teman teman tidak percaya kami hanya kekal sebagai sahabat sahaja..tidak lebih dari itu...tapi itulah yang sebenarnya,,,

orang luar melihat hubungan ini sebagai peluang untuk kami bermula semula sebagai pasangan tetapi kami tidak fikir begitu...

penulis percaya, persahabatan antara 2 jantina yang berbeza lebih besar cabaran dan dugaannya...lebih lebih lagi kalau kebetulan kita ada seorang kekasih..bagaimana penerimaan kekasih kita dengan kawan perempuan kita? begitu juga halnya apabila kita sebagai seorang perempuan dan mempunyai kekasih berdepan dengan kawan lelaki kita...semuanya memerlukan pertimbangan yang rasional dan terbuka tanpa ada perasaan buruk sangka...ini yang mesti di elakkan..

berbalik kepada teman penulis yang masih lagi tidak putus hubungan setelah lebih dari 10 tahun berkawan, penulis dapati persahabatan memerlukan lebih dari pengorbanan masa...masing masing mesti bertolak ansur dan tolong menolong dalam apa jua permasalahan..

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Rabu, 17 Oktober 2012

CINTA KEPADA PERMAISURI HATIKU...

Penulis hari ni tiba-tiba ada idea nak menulis satu artikel mengenai kisah cinta penulis.

Yang dah lepas tu, tak masukla, cuma yang terkini, atau "terlatest" la yang penulis ambil

kira..tetapi memula penulis nak bagi pendapat sendiri mengenai perkataan itu sendiri.

Cinta ni maknanya sangat luas, terpulang kepada apa ia ditujukan atau tujuan apa ia

'dilahirkan' ke dunia nyata kita ini. Biarpun ia mungkin akan membawa kepada dunia

khayalan bergantung kepada isu ditujukan atau tujuan ia yang menjurus kepada kelahirannya

yang tersebut. Maka, penulis setuju sangat dengan apa yang penulis utarakan diawal tadi.


Permaisuri pula merujuk kepada seorang perempuan yang mungkin tertinggi darjatnya

dikalangan antara sesama manusia, betulkan penulis kalau tersilap. kalau begitu,

permaisuri penulis sudah pasti teman sehidup semati kita. dengan erti kata lain, isteri,

orang rumah, sayang dan berbagai gelaran yang indah-indah yang kita berikan kepada

golongan ini. Ada yang berkerjaya dan ada juga yang tidak, bergantung kepada keperluan

semasa ataupun kemahuan. Bagi diri penulis sendiri, orang rumah penulis berkerjaya.

Tetapi, perkara sebegini bergantung la kepada ketua keluarga samada membenarkan atau

tidak membenarkan isteri mereka bekerja.

Dalam bab cinta kepada permaisuri ni, apa yang penulis nak kupas adalah sifat cinta itu

sendiri dan darjat permaisuri tu di mata hati seorang lelaki seperti penulis. Setiap

lelaki mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara ini. Okay, apa yang penulis maksudkan

adalah, sebelum kita berkahwin, kita sudah tentu menyayangi atau mencintai kekasih hati

kita, merancang segala-galanya dari A ke Z, tetapi belum tentu perancangan itu berhasil.

Kita masih juga menunggu 'approval' dari yang esa untuk mengenalpasti samada 'plan' kita

itu direstui atau tidak. Bukan apa, ada yang bercinta 10 tahun, 15 tahun, tetapi kahwin

dengan orang lain yang dikenali tak sampai dengan jarak masa yang sebelumnya itu. Ini

yang dikatakan takdir, jadi janganlah cuba melawan takdir kerana tiada gunanya kerana ia

tidak mungkin berjaya. Jika anda ada menonton filem arahan Dato' Jins Samsudin seperti

tiada esok bagimu, esok untuk siapa dan sebagainya, merupakan contoh terbaik apabila kita

cuba melawan takdir.

Permaisuri hati kita ini biasanya memang yang 'terbaek' yang telah di pertemukan dengan

takdir kita. Terimala dia seadanya, jangan komplen banyak-banyak kerana 'nobody is

perfect'; bukan kerana dia OKU atau orang istimewa, tetapi 'mind', 'soul', 'physical'

setiap orang adalah sangat-sangat berbeza oleh kerana kekuasaan yang maha esa dalam

mencipta setiap mahkluknya dimuka bumi ini. Keunikkan ini wujud ke atas semua bukan,

satu, dua atau tiga, malah berjuta, berbillion, tidak terkira, dan tuhan mampu

melakukannya kerana Dia boleh! jadi fungsi akal kita seharusnya sedar akan perkara ini

dan tidak sekadar melihat dengan mata kasar, tetapi selami dengan mata hati terhadap

pemandangan untuk nikmat mata kita yang Allah kurniakan.



Penulis bersyukur kerana nikmat ini membolehkan permaisuriku berada bersamaku sehingga ke

hari ini. Dikurniakan dengan cahaya mata yang indah-indah kurniaan yang maha esa sebagai

amanah kepadaku dan permaisuriku agar mereka ini akan menjadi manusia yang soleh dan

solehah, taat dan tidak engkar, tulus ikhlas dan menjaga agama dengan bermaruah dan

sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Ayah yang soleh, atau ibu yang solehah belum

tentu akan mewariskan zuriat yang serupa kerana iman tidak boleh diwarisi mahupun dijual

di tepian pantai kata Kumpulan Nasyid Raihan.

Cinta kepada permaisuri ku sentiasa ku baja, ku sirami dengan air kesucian hatiku dan

penulis sentiasa berdoa kepada yang maha esa agar cinta suci ini dengan niat kerana allah

sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Cinta ini seharusnya setiap orang sedia maklum, tidak kekal kerana kedua-duanya akan

kembali dari mana ia datang, melainkan cinta kepada pencipta yang kekal abadi dan tidak

mungkin akan ada kekecewaan di'ending'nya kerana Allah itu kekal abadi. Janjinya sentiasa

ditepati, janji yang pasti dan itulah sebaik-baik cinta yang harus ditanam didalam hati

kerana orang-orang yang beriman sentiasa bahgia disisi pencipta kerana mereka tahu itulah

ketenangan yang dicari selama ini. Allah itu maha segala-galanya kerana Dia yang lebih

memahami isi hati kita dari sesiapa pun di dunia ini. Seharusnya kepada Dialah kita

berpaksikan jika kita mencintai manusia yang lain seperti dalam perkara ini adalah

permaisuri kita.

Penulis mungkin sudah menemui cinta hati penulis tetapi penulis juga harus bersedia untuk

menghadapi kehilangannya yang pasti kerana jika tidak hari ini, mungkin esok dan jika

tidak esok, lusa dan seterusnya sehinggalah masa itu tiba. Jika tidakpun, mungkin penulis

sendiri yang mengadap illahi dahulu dan bukannya dia!!

Penulis cuba bersikap konsisten dalam mengingatkan diri sendiri tentang perkara-perkara

sebegini dan cuba untuk berkongsi peringatan ini dengan semua orang agar kita dapat ingat

mengingatkan antara satu sama lain.

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.



WAITER CILI PADI...

Lepas EXAM SPM'93, penulis tertanya tanya kepada diri sendiri, apa nak buat sementara tunggu result. takkan nak duduk umah jer. dah tentu bosan dan jemu. apalagi, dah jenuh mengadap buku pelajaran, dah tentu fikiran ni nak berehat dari memikirkan tentang perkara yang berkait dengan pelajaran...apa yang dah dilakukan dalam EXAM...biar PEMERIKSA yang tentukan..ada rezeki cemerlang, alhamdullilah jer ler, kalau tidak, fikirkan lah apa yang harus disusuli...

penulis try lah tanya dengan ibu saudara penulis, dia pun REKOMEN kan jadi WAITER...hehe...seumur hidup tak pernah kerja macam nie, tapi orang kata kalau tak berani mencuba, sampai bila bila pun tak tau..jadi, lepas tu penulis dipanggil TEMUDUGA..hehe, nak jadi WAITER pun kena interbiu...kelakar jugak..agaknya MENGIKUT PROSEDUR kot?..




perngalaman PERTAMA kena interbiu dengan manager keturunan ca ya nun alif...berabuk speaking LONDON..kata SITI TANJUNG PERAK dalam citer bujang lapok arahan P.RAMLEE...walhal penulis takla pandai sangat cuma sikit sikit tu boleh lah...hehe

tak sangka, dapat juga jawatan tu...jadi, buat pertama kali jugalah penulis jadi WAITER...kat RESTORAN CILI PADI...environment boleh tahan, teman teman, kira friendly jugaklah...kat mana ada tempat yang PERFECT..ye tak?

hari pertama kerja dah kena belajar macam macam, dari cara nak setup meja, hantar table cloth ke LAUNDRY, mengenal makanan dan minuman..hehe, yang tak boleh lupa, bila ada satu hari tu customer minta sky juice..fenin kepara penulis...memang zero...tak tau apa pun...tapi angguk jugak konon konon tau la...hehe...pergi cari abg senior tanya amende ler sky juice...kalau translate pun, tak masuk akal,,,,jus angkasa?..ada ke air macam tu?..hmmm....



cuma seronok jugak jumpa ramai orang, macam macam kerenah...cina, melayu, india, mat saleh tak putus putus makan kat sini...restoran ni lebih kepada makanan makanan dari thailand..jadi kadang kadang tu penulis pun pelik dengan nama makanan hatta nama air, desert pun pelik pelik...tapi majoriti customer yang datang memang dah biasa datang sini, jadi diorang tau apa yang nak dimakan...

kemudian, selang beberapa minggu kemudian, teman sekolah penulis pun turut join kat restoran cili padi nie..dia kerja kat sebuah hotel tapi tak tahan, penat sangat..jadi dia pun masuk sini, at least ada gak teman sebaya...sebab masa penulis masuk, semua lagi tua dari penulis...tu yang payah sikit nak bersosial tu...apa tidaknya rata rata dah 20 lebih..abih tu camna?

lebih kurang 3 bulan penulis kerja kat situ, macam macam suka dan duka dirasai, dari yang sekecil kecil perkara sampai la yang sebesar besar perkara...tapi terasa juga pengalaman yang diperolehi tak mungkin dapat kalau tak mencuba...dalam takut takut tu, berani juga dan akhirnya berjaya juga menamatkan tempoh probation, tapi penulis terpaksa menolak atas alasan menyambung pelajaran...begitu juga dengan teman penulis...dia juga menyambung pelajaran....

oleh kerana ibu saudara penulis yang rekomen kan penulis, jadi macam mana penulis masuk jadi waiter, macam tu juga penulis keluar atau berenti jadi waiter..semua nya di lakukan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan...bukan apa, nanti kalau main berenti jer, atau bahasa kasarnya, BLAH cam gitu jer, kesian dengan ibu saudara penulis...

hmm...yang dah lepas jadi kenangan...sekurang kurangnya apabila teringat,ada nostalgia di sebaliknya...

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Selasa, 16 Oktober 2012

DARI KERANA MATA...



Teman penulis pernah memberikan pendapat bahawa mata tak boleh menipu, mata berkata benar dan dari mata kita tau peribadi seseorang itu. wahh..ni dah kira hebat! tapi penulis pun tak dapat mengesahkan teori ni. betul ke tidak?

ada petua mengatakan kalau kita nak tau orang tu berbohong dengan kita atau tidak adalah dengan melihat anak matanya dan pastikan dia melihat mata kita bila dia menyampaikan sesuatu perkara. kalau dia tak sanggup pandang hatta wajah kita sekalipun, kemungkinan besar dia cuba berbohong kepada kita. benar ke? cuba try...

bagi orang bercinta, kalau dia bersungguh sungguh dengan apa yang dia ingin luahkan kepada kita, tak kiralah lelaki atau perempuan, dia pasti akan melihat mata kita dengan matanya yang tidak berkelip kelip, mata yang cukup meyakinkan dan sudah tentu dengan raut wajah yang serius. kalau tidak macam mana nak ngurat ye tak? hehe...tapi awas, ada orang pandai berpura pura, jadi berhati hati lah..."buaya" menggigit, "pisau" pun tajam ooo...

hmm..betul ke mata ada POWER?



selalu orang refer kepada mata perempuan je, jarang mata lelaki yang POWER, kalau ada pun segelintir sahaja. tapi kalau perempuan, memang banyak. penulis sendiri pernah melalui BAHANG kena pandangan mata yang "menelanjangi" diri kita serta merta. bukanlah maksud penulis kita "telanjang" tapi pada pendapat penulis, bila perempuan "merenung" kita seolah olah seluruh diri kita diterokai macam komputer yang sedang DI SCAN...hehe...seganlah kan, lainlah kalau kita ni macam DAVID BECHAM yang digilai ramai wanita...

hmm..tapi kadang kadang penulis pun NAKAL juga cuba nak MELAWAN, tapi akhirnya boleh kira dengan jarilah berapa kali menang..hehehe...kita tau bila kita menang bila dia BERPALING...kita tau bila kita kalah bila KITA YANG BERPALING...betul ke?

teringat satu pengalaman penulis masa berkunjung ke rumah emak saudara. masa tu anak anak dia buat bising sampai susah betul nak berbual. apalagi, mak saudara penulis pun hilang sabar, dah berkali kali nasihat diberi akhirnya HANYA dengan SATU PANDANGAN MATA...memang menakjubkan, suasana sunyi serta merta..anak anaknya terdiam melihat MATA ibu saudara penulis...hmmm..mata pun POWER kan?

hmm...ni tentang citer orang yang TAKDE MATA...bukan takde mata maksudnya kat muka dia takde organ tu, tapi apa yang penulis maksudkan adalah ORANG BUTA...macam mana dengan golongan ini? mereka takde PENGLIHATAN, jadi bagaimana? sesungguhnya penulis ibaratkan golongan ini sebagai golongan yang ISTIMEWA. mereka umpama manusia manusia yang bergerak laksana memejamkan mata mereka. dunia mereka dijadikan ILLAHI sebagai pedoman kepada yang CELIK. kalau kita yang CELIK ni boleh BUTA HATI, seharusnya kita ambil iktibar golongan BUTA ini yang CELIK HATI berbanding kita dalam sesuatu perkara...

hari tu, penulis dah lama tidak bersua dengan teman lama, tup tup bila dah jumpa penulis hairan kerana teman ni dah memakai cermin mata. hmm...penglihatannya memerlukan dia memakai alat bantuan untuk dia melihat dengan jelas iaitu CERMIN MATA...mmm..ada orang tak suka pakai cermin mata sebab nampak wajah mereka dengan berbagai persepsi negatif, jadi ada antaranya yang memakai CONTACT LENS...jadi bagi kita yang tidak memakai sebarang alat bantuan MATA...bersyukurlah sebab kita dikurniakan sepasang mata yang masih boleh berfungsi dengan baik untuk suatu jangkamasa yang panjang sedikit...mungkin dah tua kita MESTI juga pakai alat bantuan kan? siapa tahu...



hmm...dari kerana mata ni ada berbagai bagai senario yang dapat dilihat, BUKAKLAH MATA anda seluasnya dan PERHATIKAN sekeliling...

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

PENIPU...

Boleh di katakan rata rata orang memang tak suka dengan penipu, benci, menyampah lagi adalah, kepada golongan jenis ini. Kita tak peduli apa orang kata, tapi kalau sekali kita terkena dengan si 'penipu' ni sampai bila bila kita tak mungkin percaya lagi kat dia.

BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN..

Pernahkah anda ditipu? atau pernahkah anda menipu? atau tipu atas tipu? tipu ni sama ke dengan bohong? ataupun anda tak pernah menipu atau ditipu seumur hidup anda? ***ANDA MEMANG BERTUAH :-)



Sebenarnya penipuan berlaku dalam setiap rutin harian biarpun tanpa disedari ataupun secara sedar. Kadang kadang ia seakan penyakit berjangkit yang mampu menular jika tidak di bendung dengan teliti dan bersungguh sungguh..

pada suatu hari penulis mendengar seorang pakar motivasi terkenal memberikan sedikit buah tangan tentang isu penipu nie atau lebih tepat pembohong atau pun lebih spesifik, bohong, dusta dan yang sama erti dengannya...


 
beliau mengatakan yang manusia berbohong ada sebab...mungkin kerana mereka berbohong sebab nak jaga hati orang..atau istilah yang digunakan adalah bohong sunat, sama macam dalam skrip filem P.Ramlee...walhal dalam agama takde pun bohong sunat..hehe..katanya lagi...

beliau memberi contoh, seorang teman yang sedang makan...seorang teman merujuk kepada tuan rumah bertanya kepada teman yang sedang makan tadi.."sedap ke?"...si teman yang sedang makan kata. "sedappp.." walhal REALITInya memang tak sedap, tetapi kerana tidak mahu tuan rumah berkecil hati atau mungkin tersinggung dengan jawapan BENAR..teman tadi berbohong dengan mengatakan sedap...pakar motivasi tersebut menyatakan niat teman tadi BENAR..untuk menjaga hati tuan rumah tapi malangnya teman itu berbohong...dalam kes ini, kita tak boleh menjalankan istilah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA..ini tidak betul...katanya lagi...teman tadi berkata dengan nada yang bersungguh sungguh dan intonasinya cukup meyakinkan si tuan rumah...jadi? penipu kah teman yang bertandang tadi...?memang...



suatu keadaan yang lebih kurang sama berlaku kepada teman penulis suatu masa dahulu...teman ini sedang menunggu seorang teman yang lain di suatu tempat kemudian teman yang sepatutnya hadir pada waktu yang di tetapkan terlambat dan ternyata dari raut wajahnya kelihatan begitu sugul dan kecewa kerana terlewat...teman yang terpaksa menunggu ni risau dengan keadaan teman tadi dan berbohong bahawa dia juga tiba lewat dan secara klasiknya, mereka dua dua LEWAT...jadi teman yang sugul tadi kelihatan sedikit lega kerana dia tidaklah terlewat sangat seperti jangkaannya kerana teman tadi telah berbohong untuk melegakan tekanan dalam diri teman yang satu lagi...? sekali lagi, tak mungkin MATLAMAT MENGHALALKAN CARA boleh di praktikkan sewenang wenangnya..ini tidak betul..tapi, teman tu di kira PENIPU lah kan?

hmm...penulis terbaca suatu artikel dalam akhbar tempatan tentang kes penipuan kereta yang melibatkan dua pihak..yang menjual dan yang membeli...kes dimulakan dengan seorang wanita yang ingin membeli sebuah kereta BARU melalui seorang jurujual yang menjanjikan perkhidmatan yang segera dan pantas...disini penulis ingin nyatakan si jurujual ni cuba menipu wanita ini...jurujual tersebut meminta sejumlah wang pendahuluan untuk menguruskan penjualan kereta yang ditempah oleh wanita tersebut, jadi tanpa berfikir panjang wanita tersebut telah membayar sejumlah wang dan diberi kononnya sebuah resit yang sebenarnya bukanlah resit seperti yang didakwa...wanita ini was was tapi dia menganggap remeh perkara ini kerana dia tidak mengetahui bahawa dia akan ditipu...beberapa bulan kemudian wanita ini mula sangsi kerana kereta yang dijanjikan tidak MUNCUL dan jurujual terbabit seolah olah melarikan diri...akhirnya wanita ini kembali semula ke kedai menjual kereta ini dan terkejut apabila mengetahui perkara sebenar..jurujual tersebut sudah melarikan diri dengan wangnya dan yang lebih malang resit yang disangka resit bukanlah resit...wanita ini cuba menuntut haknya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna tapi gagal kerana kertas yang di sangkanya resit itu bukanlah resit...jadi, jurujual ini menipu orang untuk kepentingan sendiri...kenapa dia PERLU MENIPU? gaji tak cukup? memang dia suka menipu..hobi? hmm..janganlah menipu kerana anda kelak akan menerima balasan akibat menipu...

tiba tiba teringat penulis tentang kisah budak yang suka menipu di sebuah kampung akhirnya menerima akibat dari perbuatannya...kalau penulis tidak silap, budak ini suka menjerit jerit minta tolong yang rumahnya terbakar...orang kampung yang mendengar jeritan budak ini bergegas untuk membantu hanya untuk mengetahui diri mereka ditertawakan sahaja oleh budak tersebut...kali kedua begitu juga dan seterusnya sehinggalah rumahnya benar benar terbakar dan akhirnya hangus kerana orang kampung memandang ringan jeritan yang BENAR dari budak tersebut...MENIPU tidak membawa sebarang keuntungan..?



kanak kanak dari peringkat rendah sudah dididik supaya tidak menipu dan sentiasa berkata benar, tapi kadang kadang ada jugak golongan pelapis ini yang menipu samada secara tidak sengaja atau memang tabiat spontan yang tidak dapat di elakkan..

golongan dewasa pun apa kurangnya...

ayah kencing berdiri, anak kencing berlari..?

hmm...jangan jadikan penipuan suatu amalan dalam kehidupan...ia merugikan...

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

SAYANG...

I SAYANG DENGAN YOU, PERCAYA LAH...TAKDE POMPUAN LAIN DALAM DUNIA NI YANG I SAYANG MCM I SAYANG YOU TAU...

   
ABG, SAYA SAYANG KAT ABG TAU, JANGANLAH PERSIAKAN KASIH SAYANG SAYA NI..

Lelaki kalau dah sayang, memang mulut dia lagi manis dari gula. Especially kalau tgh dok ber"couple", memang hari hari dia cakap SAYANG kat awek dia. Ala, pompuan pun apa kurangnya, kalau bab SAYANG nie ada yang tut tut tut...tergadai, habuk pun tarak...hehe...



Orang bercinta jugak tapi RASIONAL la sentiasa dalam pemikiran. Jangan terlalu menurut kata hati...

Ikut rasa binasa, ikut hati mati... :-)

Tipulah kalau penulis kata tak pernah bercinta atau jatuh cinta...penulis juga manusia macam anda juga, punyai perasaan dan hati, dan juga tidak dapat LARI dari putus cinta...kalau anda benar benar bernasib baik, anda akan bercinta SEKALI je seumur hidup, kalau anda mcm diri penulis juga, dah tentu PUTUS tu perkara biasa..

ada teman penulis memberi pendapat, CINTA PERTAMA selalunya susah nak lupa..sebab itulah kali pertama kita jatuh cinta dan kali pertama juga kita SAYANG kat seseorang yang bukan ahli keluarga kita dan dah tentu takde kena mengena dengan kita terutamanya dari segi hubungan darah...kalau ada yang BERCINTA dengan adik beradik, samada dengan sengaja atau tidak tahu kerana terpisah dari kecik..wallahualam...

SAYANG ni kuat POWERnya...kalau tidak masakan ada...mintak maaf kalau ada yang tersinggung, anak dara yang sanggup tinggalkan rumah ikut JANTAN ( kalau dia lelaki tak mungkin dia akan LUKAKAN hati para ibubapa gadis ) lari dari rumah. Tinggalkan segalanya DEMI JANTAN yang disayangi..

hehe...ada ke lelaki yang SAYANG sgt kat pompuan, sanggup tinggalkan keluarga dan saudara mara? selalu kita dengar citer pompuan lari dari rumah sebab ikut JANTAN, tapi ada ke kita dengar lelaki lari dari rumah sebab ikut BETINA? ada....cuma tak dibesar besarkan sahaja...malu la...hehe

SAYANG juga bole mengubah seorang jadi sebaliknya. kalau dulu dia jahat ( kononnya, tersebut kisah ) bila dia jumpa seorang perempuan yang baik budi pekerti, terus dia berubah...jadi baik ( al hamdullilah )....mcm juga sorang pompuan yang jahat, bila dia jumpa sorang lelaki yang baik, dia berubah, sebab 1 perkara, mereka saling SAYANG di antara 1 sama lain. inilah yang mengubah persepsi diri mereka ke suatu POSITIF attitude....

malang sekali, ada juga yang berubah sebab SAYANG punya pasal dari seorang yang BAIK ke suatu jenis manusia yang seharusnya dihindari oleh kita kerana terlalu banyak KERUGIAN yang kita perolehi berbanding KEUNTUNGAN...tak berbaloi kalau jadi macam ni sebab kita sayangkan seseorang...EDISI SIASAT ada sampel yang penulis maksudkan...

SAYANG kita pada mak dengan bapak kita adalah KEUTAMAAN...adik beradik, saudara mara dan sahabat handai datang kemudian...penulis berani GUARANTEE, anda semua sentiasa dirahmati dan kekasih yang anda miliki kerana kurniaanNYA pasti yang terbaik kalau kita YAKIN dan PERCAYA segalanya adalah yang terbaik kalau dtgnya dari Illahi..yang buat jadi tak baik dah tentu dari kesilapan kita sendiri samada secara tidak kita sedari atau tidak di sengajakan atau memang anda sengaja...



setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya...MATAHARI yang kuat bercahaya pun berenti bila malam tiba...hujan yang lebat menggila pun teduh juga bila sampai waktunya, manusia yang diistiharkan sebagai yang TERTUA di dunia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir...begitulah juga dengan hidup kita yang mcm roda ni, dunia kita yang semakin TUA...manusia manusia yang BERTOPENG kan manusia...semakin banyak...

jadi, wahai pembaca yang budiman dan penulis hormati, SAYANG pun mcm roda juga, RODA IMPIAN....jangan sampai tersalah STOP...kalau salah, kita yang RUGI...pusingkan roda betul betul dan buat pilihan bijak...



SAYANG boleh, tapi jangan salah orang...dan membabi buta :-)


COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.