enuff is not enuff

Ahad, 19 Mac 2017

Siri bercakap dengan haiwan...

Siri bercakap dengan haiwan...
Aku suka kucing. Ada orang tak suka kucing. Tak kisahla, aku suka kucing juga.
Aku : Kau tau bingo...
Bingo : Miau..
Aku : Hari ni aku balik kerja td habis basah lencun...hujan lebat giler bingo..
Bingo : Miau miau..
Aku : Aku bukan xpakai baju hujan..basah jugak. Kalau aku xredah hujan td mungkin xbasah cenggini..
Bingo : Miau
Aku : Aku tahu, aku patut tunggu hujan berenti baru balik...bahaya kan?
Bingo : Miau miau...
Aku : Tu la, td sikit lagi aku nak langgar belakang bas. Bole pulak bas tu berenti kat traffic light...dah la hujan lebat..
Bingo : Miau...
Aku : Memangla dia berenti..lampu merah...kan bahaya langgar lampu merah...hijau baru jalan...
Bingo : Miauuuu...
Aku : Ya lah..betulah tu bingo..
Bingo : Miau..
Aku : Sbb lama berenti kat traffic light..enjin motor aku mati pulak..panas betul aku...dlm sejuk2 tu aku berasap bingo..
Bingo : Miau miau...
Aku : Puas aku start enjin xmau hidup..menolak la aku bingo...jauh tu nak sampai kedai moto..
Bingo : Miau
Aku : Aku tahu..dh check..bila sampai kedai motor baru tau..minyak abis..
Bingo : Miau miau..
Aku : Ya lah...buang masa aku ckp dgn kau bingo...ciss..
Bingo : miauuuuu...
TAMAT
*Gambar hanya hiasan..


COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.


DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.


Sabtu, 18 Mac 2017

JIN...

JIN


Penulis dah lama nak baca buku ni tapi sebab kesukaran untuk meluangkan masa mencarinya menyebabkan penulis tertangguh tangguh mencari bahan ilmiah ini..oleh kerana penulis minat dengan segalanya yang mistik dan ghaib, penulis akhirnya membeli juga senashkah buku tentang jin..
rasanya anda semua memang tahu apa itu JIN kan?
kepada yang tidak tahu, penulis petik dari buku yang penulis baca :
JIN ADALAH NAMA JENIS, BENTUK TUNGGALNYA ADALAH JINIY, YANG ERTINYA "YANG TERSEMBUNYI" ATAU "YANG TERTUTUP" ATAU "YANG TAK TERLIHAT". HAL ITULAH YANG MEMUNGKINKAN KITA UNTUK MENGAITKANNYA DENGAN SIFAT UMUM "ALAM TERSEMBUNYI".
dari segi bahasa AL JIN adalah lawan kata Al-INS ( Manusia )
dari buku yang penulis baca, jin mempunyai mata berwarna hitam, kuning, coklat tua.
telinga mereka mirip telinga kuda, kerana itu kalau ada diantara jin ini ingin menyerupakan diri mereka dalam bentuk bentuk tertentu, maka yang paling disukai adalah kucing, kuda atau harimau..
jin juga mempunyai najis tetapi tidak berbentuk kasar, tetapi lebih kepada bentuk wap yang sangat pekat dan air kencing yang berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya..
setiap jin mempunyai 2 tanduk tetapi dalam bentuk yang kecil...seolah olah berbentuk huruf nun...berbanding dengan iblis yang mempunyai tanduk yang besar sesuai dengan penciptaan mereka yang lebih awal dari manusia yang pertama..
apa perbezaan jin dan syaitan?
syaitan adalah jin tetapi tidak setiap jin adalah syaitan..
iblis mempunyai 5 wakil :
TSABAR - dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah baik kematian anak atau kerabat dan lain lain.
DASIM - syaitan inilah yang selalu berusaha sekuat tenaganya untuk mencerai beraikan ikatan perkahwinan..
AL-A'WAR - pakar pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan..
MASWATH - pakar dalam mencipta kebohongan kebohongan besar mahupun kecil...
ZALNABUR - syaitan yang satu ni berkeliaran di pasar pasar seluruh dunia..merekalah yang menghasilkan pertengkaran, caci maki dan sebagainya..


RUJUKAN :
DIALOG DENGAN JIN ISLAM


COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Sabtu, 11 Mac 2017

(P) Santau

(P) Santau

Satu hari tu abah call aku. katanya ada kecemasan. aku pon buat macam biasa. lps abis keje aku pi jumpa abah kat umah dia. dia pun xciter panjang, ajak balik kg skrg. aku jadi terpinga2 dgr perkataan tu dr mulut dia. abah pun trus amik beg dia dan trus keluar..aku pon ikut sekali. on the way pergi ke destinasi tu abah xckp apa2. aku trus drive kete straight dlm 2 jam 45 min. sampai ja. aku tengok umah makcik lena. aik..naper pi sini. aku tengok abah keluar dah. aku pon keluar juga. lps bg salam, aku nmpak anje ( anak cik lena) . dia cium tgn abah sbb abah ni pakcik dia. adik cik lena. aku pun masuk umah ikut abah dgn anje. kami trus pi masuk bilik kat tkt atas. tengok cik lena sdg berbaring atas katil. muka dia pucat lesi. dia mcm xbertenaga langsung..nmpak lesu. abah pun berckp2 dgn kakak dia. apa yg dia tanya aku pon tak tahu. tetiba cik lena duduk. aku tengok abah terkumat kamit baca sesuatu. perlahan sangat, tak tahu apa yg abah baca. pastu anje dtg balik bawak besen plastik buh depan mak dia. dlm 10min cenggitu lps abah selesai baca doa. cik lena terangguk angguk mcm nak muntah..anje duk blkg mak dia..diusapnya blkg cik lena yg secara mengejut muntah depan aku dgn abah. abis muntah tu jatuh dlm besen tu. aku tengok muka cik lena pucat lesi...aku jenguk2 dlm besen tu. terkejut beruk aku. ada rambut, kaca halus2 aku tengok...bercampur dgn darah. abah pastu baca balik doa bila cik lena dah baring semula. cik lena nmpak letih sesangat tp muka dia dh nmpak ok sket berbanding sblm muntah tadi. selesai sudah, abah suh anje buh muntah mak dia dlm satu plastik, pastu balut dgn surat khabar. on the way balik aku try tanya abah pasal cik lena. betul ke cik lena kena santau? abah ckp ya..memang cik lena kena santau. berderau darah aku. abg tengok ada 'barang' dlm bekas muntah cik lena tadi. abah aku ckp betul la tu apa yg abg tengok. esokla abah citer. abah nak tido jap..sampai nnt kejut abah..nnt abah bangun aku sambung citer ni balik...

...sampai ja depan umah abah, aku pon stop. parking bawah pokok asam. aku tengok abah tido lagi...letih kot ni. aku pon kejutkan abah. abah, abah...sampai dah. aku goyang2 kan bahu dia. abah pun terjaga, dia tanya lama dah kita sampai? aku jd pelik, baru ja bah..abah tanya lagi, abg dh naik umah belum? aku pon ckp belum lg kenapa bah? ok takpa. jom naik. aku ckp dgn abah..abg kena balik dulu bah..jam dh menunjukkan jam 12.00 tgh mlm. abah ckp, jom naik abg...abah nk ckp sket. nk kena naik pulak...esok aku keje pagi...aku pon ikut abah naik ke rumah. dia pergi bilik air. aku lepak jap kat sofa. nmpk abah pakai kain..nk solat kot. pastu dlm 10 minit camtu abah dtg kat aku...dia tanya aku tau ke santau tu apa? aku pon jawab tau sket2 abah. mcm cik lena tadi lah..dia kena santau kan?..abah ckp mmg kakak dia kena santau. tp yg ni santau yg 'dihantar melalui udara'..org yg buat tu pon abah tau dan kenal. aku pon tanya sapa abah? abah ckp tak payah tau la..biar rahsia. kita doakan yg baik2 ja. yg penting dgn izinNya, cik lena dah pulih semula. aku tanya kenapa org tu buat cik lena? abah ckp..biasala dengki, dendam dan sakit hati adalah sbb2 org guna santau. abah ckp lg kalau lewat sket lagi..kakak dia akan jadi lebih mudarat dn bole membawa maut. bahaya santau ni sampai bole bawa mati...aku tanya mcm mn bole kena abah? walhal tak keluar rumah pon. abah ckp org tu hantar ke rumah..mn ada lubang2 tiris ke angin bole masuk..masukla dia..tak bole nk ckp, bende ni dtg tanpa diundang..

...kalau dah 'terkena'...salah satu tanda dia..batuk yg berpanjangan...kdg2 keluar darah...utk permulaan...pastu kdg2 mcm ada 'bende' yg pelik2 keluar masa kita batuk tp nmpak mcm khayalan dimata kita. bdn akan rs xsedap. dan kita akan mula mimpi bende yg pelik2...cara nk sembuh mmg kena 'keluarkan' apa dia 'ramuan' yg org tu campur masa sediakan 'santau' yg dia nk antar..abah ckp lg, berserahla pd Nya sentiasa krn dia yg maha berkuasa atas segalaNya..pastu aku tanya abah...knp abah xbg abg balik dulu td?..oo...yg itu..abah ckp...ada 'bende' ikut kita balik...(=>citer tajuk lain). 
<Tamat - Santau>




COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.


DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Ahad, 5 Mac 2017

Rumah ada 'benda'..


(P) Rumah ada 'benda'..
Hari tu kak ipar aku baru pindah umah. Dia bgtau adik dia pasal umah yg dia baru pindah tu. Ada mcm gangguan. Tapi masa tu aku tak tau lagi. Ada dlm seminggu, adik dia (orang umah den la dlm citer ni) citer kat aku umah kakak dia ada 'bende' menumpang. aku tanya la mimi (bukan nm sebenar, adik kak ipar aku) mn kak lis (bkn nm sebenar) tau umh dia ada 'bende'. mimi pun bukak citer pasal ada bunyi2 pelik kat tkt atas umah dia. mcm ada org berlari2..main guli, hentak2 kaki, berjalan dn mcm2 lg bunyi yg aku pun tak menang tangan nk taip kat sini. aku pun ckp dgn mimi, xde apa tu..buat xtau ja..abaikan..alih2 esoknya, elok ja pas magrib masa aku otw balik umah, anak kak ipar aku anto msg bgtau nk mintak tolong dtg umh skrg juga. Terkejutla aku. xpa, aku balik dulu ke rumah. sampai umh aku semua ada kat umh aku. kak lis dgn family dia dan famili aku skali. muka masing2 dh pucat lesi. Aku tanya pasai pa hgpa suma jd lagu ni? Kak lis dn mimi bergilir2 bercerita. aku pun dengarla. citernya..ptg tu anak kak lis buat video call dgn dia. kak lis nmpk kat blkg b.ground masa buat video call tu wajah seorang perempuan berbaju putih, berambut panjang, mata kemerah merahan ada kat blkg anak2 dia yg sedang bercakap. Kak lis tergamam sbb dia xpasti apa yg dia lihat itu betul atau khayalan dia. Kak lis xckp byk dgn anak2 dia. yg dia tahu...dua pesan kuar dr rumah tu skrg..kunci pintu pi umah adik dia mimi.tunggu situ sampai dia dtg. anak2 dia pon mengesahkn citer tu masa diaorang balik umah nmpk mcm kelibat perempuan berbaju putih terapung dibghn dapur rumah tp budak2 tu tak endah sgt sbb diaorang rasa tu cuma perasaan shj. dipendekkn citer aku pun terkebil2 dgn semua org. apa 'bende' kat umah kak lis ni. aku call abah aku. dia dtg mlm tu juga. aku citer balik semua. so, abah ajak aku pi umah kak lis. dia suh aku standby garam kasar dgn lada hitam. pastu lepas isyak aku dgn abah pi umah kak lis. xnmpk apa pulak. abah suh aku masuk umah, bg salam dulu pastu pi tgh umah azan kuat2. Masa tu dgr ada mcm benda jatuh berdegang dr tkt atas. abah bg isyarat teruskn azan sampai abis. selesai azan. abah ajak solat sunat hajat dan baca surah yassin. pas selesai, air tu abah buh dlm satu botol spray tu. dia suh aku spray ke sudut2 umah. dia tabur garam dgn lada hitam td kat tmpt pintu masuk umah. umah kak lis jd senyap sunyi. satu bunyi pun xde. yg kuat bunyi perut aku sbb lapor..hehe..aku dgn abah tunggu dlm 1/2 jam kat umah kak lis. xde apa2. aku harap2 juga ada 'bende' muncul ke apa. langsung xdak. aku dgn abah balik ke rumah aku semula. aku ckp kat kak lis. umh dia xdh ok. xde apa dh. pastu abah pesan kalau ada apa2 call dia. dh sebulan kot pas kejadian tu. kak lis kata umah dia dh ok.


COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.


Sabtu, 4 Mac 2017

Histeria beramai ramai


(P) Histeria beramai ramai
citer ni berlaku dalam tahun 200X. Masa tu aku berkursus di port dickson selama 3 bulan. ada dlm 300++ kadet dlm kem ni. nisbah lelaki dan perempuan lebih kurang sama. biasala dh duduk dlm kem bersama2 beratus2 org ni. mcm2 bole jadi. mcm2 hal berlaku sbb kadet xbole balik umah. setakat outing keluar jap ke pekan terdekat shj dibenarkan. tp kena balik sblm 6 ptg. lewat..alamat kena denda kat pdg kawad. nak dijadikn citer hari tu..lps abis aktiviti ptg berjogging sekitar kem, aktiviti wajib mlm adalah ke surau. yg bukn islam kena hadir juga tp duk kat luar/sekitar surau. xbole duk kat bilik. abis mkn mlm kat kantin, suma balik bilik siap2 utk dtg ke surau. elok ja lps solat magrib berjemaah..tetiba ada kadet wanita menjerit2 dan menangis tanpa sbb yg logik. dia meracau2 dan memaki hamun semua yg ada dlm surau. bila dh jadi cenggini tirai kat blkg tu dibuka sbb nk bantu kadet yg histeria td. oleh sbb xnak dia bersikap lebih agresif, kadet2 wanita lain memegang kaki tangan agar dia tidak terlalu agresif. bygkn 8 org kadet wanita yg pegang kadet tersebut mia (bkn nm sebenar) terpelanting bersepah dlm surau tu bila mia 'naik angin'. bila dh jd camtu, kadet lelaki diminta bantu pula pegang mia. 4 org yg mula2 bantu dh mula goyang bila mia meronta2 kuat mcm 'goldberg'...tambah 4 org lagi pun terhuyung hayang jadinya...punyala 'kuat' si mia. ustaz arahkn yg lain mula baca surah yassin beramai2. mia dh mula 'slow'. ingatkn dh reda..tp tetiba seorang kadet wanita pula menjerit2 mcm org gila. pastu sorang lg...pastu sorang lg..mcm penyakit berjangkit..pada masa tu dh cecah 30 org kadet wanita mengalami histeria secara beramai2...pada masa itulah imam masjid kawasan tu sampai dan dia beristigfar pjg melihat senario ini. dia terus bg arahan agar semua kadet dan tenaga pengajar keluar dr surau dgn serta merta. abis semua org keluar dgn cepat bg clear surau. xdak sapa lg dlm surau. kat kawasan luar barulah kadet2 wanita yg histeria td beransur2 sedar dan dipujuk oleh kadet2 wanita lain yg menemani mereka. tp imam suh juga baca surah yassin tu jgn stop. repeat byk2 kali. aktiviti esoknya dibatalkan krn utk memberi kadet2 rehat disebabkn perkara mlm tadi. aku try pi riki dgn ustaz tanya apa cer. ustaz mula2 xmau citer tp lps aku pujuk baru dia nk citer. katanya kadet yg histeria teruk sgt mlm td tu sbb dia ada 'saka'. abis saka dia 'mengamuk' ganggu kadet2 lain yg lemah semngat. difhmkn kadet mia dihantar 'pulang' utk berubat. yg lain stay..tmtkn kursus..termasuk aku.
*gambar hanya hiasan


COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.