enuff is not enuff

Khamis, 18 Oktober 2012

KAWAN...



Dulu semasa kecil penulis ada seorang rakan karib, kemudian terpisah hubungan kerana penulis berpindah..kemudian penulis mempunyai kawan karib yang baru, semenjak dari tingkatan 1 sehinggalah sekarang..

setiap dari kita pasti ada kenangan kenangan yang tidak dapat dilupakan dan tidak kurang juga yang mencabar status persahabatan yang kita jalinkan...

tapi buat pengetahuan anda semua rakan karib penulis adalah seorang lelaki...penulis sehingga sekarang begitu sukar untuk mempercayai yang lelaki dan perempuan mampu menjadi rakan karib tanpa ada perkara sampingan...maksudnya ada hubungan intim...

dulu masa penulis bercinta kemudian oleh kerana ditakdirkan berpisah, penulis masih lagi berkawan dengan bekas X penulis walaupun ada segelintir teman teman tidak percaya kami hanya kekal sebagai sahabat sahaja..tidak lebih dari itu...tapi itulah yang sebenarnya,,,

orang luar melihat hubungan ini sebagai peluang untuk kami bermula semula sebagai pasangan tetapi kami tidak fikir begitu...

penulis percaya, persahabatan antara 2 jantina yang berbeza lebih besar cabaran dan dugaannya...lebih lebih lagi kalau kebetulan kita ada seorang kekasih..bagaimana penerimaan kekasih kita dengan kawan perempuan kita? begitu juga halnya apabila kita sebagai seorang perempuan dan mempunyai kekasih berdepan dengan kawan lelaki kita...semuanya memerlukan pertimbangan yang rasional dan terbuka tanpa ada perasaan buruk sangka...ini yang mesti di elakkan..

berbalik kepada teman penulis yang masih lagi tidak putus hubungan setelah lebih dari 10 tahun berkawan, penulis dapati persahabatan memerlukan lebih dari pengorbanan masa...masing masing mesti bertolak ansur dan tolong menolong dalam apa jua permasalahan..

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan