enuff is not enuff

Khamis, 19 Disember 2013

Kalau aku kaya?

"Kalau aku kaya. Hari hari hari raya. Bil-bil jiran keluarga. Aku belanja selamba." Begitulah sedikit petikan lirik lagu berdasarkan tajuk di atas. Alangkahnya senang rasa dihati jika ia benar-benar jadi kenyataan. Dalam erti kata lain, kita mengejar impian kebebasan kewangan yang tidak terhingga dimana kita boleh merealisasikan apa sahaja, hatta membantu ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan sahabat-handai. 

Tapi bolehkan ianya dikecapi? Mustahilkah ia? 

Tiada yang mustahil didalam dunia ini melainkan mati. Itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Oleh kerana itu, saya rasa ia memang boleh dicapai tetapi dengan cara yang bagaimana? Jangan dipilih dan ikuti cara yang haram kerana ia tidak berkat. Pilihlah cara yang halal dan mengikut undang-undang. Bukankah lebih baik begitu daripada melanggar semua peraturan dan berasa ketakutan pada setiap malam akibat rasa resah dan gelisah?!

Bagaimanakah definisi kaya atau kebebasan kewangan yang dimaksudkan di dalam artikel ini? Yang saya maksudkan adalah :
1. Bebas menjalankan apa sahaja perancangan yang ada dikepala
2. Bebas mengabdikan diri kepada yang maha kuasa.
3. Bebas dari hutang-piutang
4. Bebas dari kekangan masa.
5. Bebas dari halangan-halangan yang menghalang melakukan sesuatu perkara
6. Bebas dari sifat angkuh dan sombong
7. Bebas dari sifat duniawi
8. Bebas dari apa-apa sahaja yang anda fikirkan sekarang ini!

Asyik berangan kosong tanpa usaha dan doa, tidak mungkin kita akan mencapai sesuatu yang berkekalan atau dalam jangkamasa yang panjang. Sentiasa lah membantu dan menolong orang lain jika mampu dengan apa cara sekalipun, insya Allah tuhan akan membantu kita dengan apa cara sekalipun macam yang kita dah buat. Dengan izinNya barulah boleh mencapai kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Baiklah, jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan mungkin bukan baru bagi sesetengah daripada anda yang membaca artikel ini, bolehlah hubungi saya untuk melabur dalam unit amanah. Mengapa Unit Amanah? Insya Allah dengan izin tuhan saya akan menjelaskan dan meringkaskan mengapa ia merupakan salah satu cara untuk mengecapi kebebasan kewangan yang saya ceritakan pada awal tadi.

Tidak kenal maka tidaklah ada cinta?! Renung-renungkan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan