enuff is not enuff

Selasa, 16 Oktober 2012

DARI KERANA MATA...



Teman penulis pernah memberikan pendapat bahawa mata tak boleh menipu, mata berkata benar dan dari mata kita tau peribadi seseorang itu. wahh..ni dah kira hebat! tapi penulis pun tak dapat mengesahkan teori ni. betul ke tidak?

ada petua mengatakan kalau kita nak tau orang tu berbohong dengan kita atau tidak adalah dengan melihat anak matanya dan pastikan dia melihat mata kita bila dia menyampaikan sesuatu perkara. kalau dia tak sanggup pandang hatta wajah kita sekalipun, kemungkinan besar dia cuba berbohong kepada kita. benar ke? cuba try...

bagi orang bercinta, kalau dia bersungguh sungguh dengan apa yang dia ingin luahkan kepada kita, tak kiralah lelaki atau perempuan, dia pasti akan melihat mata kita dengan matanya yang tidak berkelip kelip, mata yang cukup meyakinkan dan sudah tentu dengan raut wajah yang serius. kalau tidak macam mana nak ngurat ye tak? hehe...tapi awas, ada orang pandai berpura pura, jadi berhati hati lah..."buaya" menggigit, "pisau" pun tajam ooo...

hmm..betul ke mata ada POWER?



selalu orang refer kepada mata perempuan je, jarang mata lelaki yang POWER, kalau ada pun segelintir sahaja. tapi kalau perempuan, memang banyak. penulis sendiri pernah melalui BAHANG kena pandangan mata yang "menelanjangi" diri kita serta merta. bukanlah maksud penulis kita "telanjang" tapi pada pendapat penulis, bila perempuan "merenung" kita seolah olah seluruh diri kita diterokai macam komputer yang sedang DI SCAN...hehe...seganlah kan, lainlah kalau kita ni macam DAVID BECHAM yang digilai ramai wanita...

hmm..tapi kadang kadang penulis pun NAKAL juga cuba nak MELAWAN, tapi akhirnya boleh kira dengan jarilah berapa kali menang..hehehe...kita tau bila kita menang bila dia BERPALING...kita tau bila kita kalah bila KITA YANG BERPALING...betul ke?

teringat satu pengalaman penulis masa berkunjung ke rumah emak saudara. masa tu anak anak dia buat bising sampai susah betul nak berbual. apalagi, mak saudara penulis pun hilang sabar, dah berkali kali nasihat diberi akhirnya HANYA dengan SATU PANDANGAN MATA...memang menakjubkan, suasana sunyi serta merta..anak anaknya terdiam melihat MATA ibu saudara penulis...hmmm..mata pun POWER kan?

hmm...ni tentang citer orang yang TAKDE MATA...bukan takde mata maksudnya kat muka dia takde organ tu, tapi apa yang penulis maksudkan adalah ORANG BUTA...macam mana dengan golongan ini? mereka takde PENGLIHATAN, jadi bagaimana? sesungguhnya penulis ibaratkan golongan ini sebagai golongan yang ISTIMEWA. mereka umpama manusia manusia yang bergerak laksana memejamkan mata mereka. dunia mereka dijadikan ILLAHI sebagai pedoman kepada yang CELIK. kalau kita yang CELIK ni boleh BUTA HATI, seharusnya kita ambil iktibar golongan BUTA ini yang CELIK HATI berbanding kita dalam sesuatu perkara...

hari tu, penulis dah lama tidak bersua dengan teman lama, tup tup bila dah jumpa penulis hairan kerana teman ni dah memakai cermin mata. hmm...penglihatannya memerlukan dia memakai alat bantuan untuk dia melihat dengan jelas iaitu CERMIN MATA...mmm..ada orang tak suka pakai cermin mata sebab nampak wajah mereka dengan berbagai persepsi negatif, jadi ada antaranya yang memakai CONTACT LENS...jadi bagi kita yang tidak memakai sebarang alat bantuan MATA...bersyukurlah sebab kita dikurniakan sepasang mata yang masih boleh berfungsi dengan baik untuk suatu jangkamasa yang panjang sedikit...mungkin dah tua kita MESTI juga pakai alat bantuan kan? siapa tahu...



hmm...dari kerana mata ni ada berbagai bagai senario yang dapat dilihat, BUKAKLAH MATA anda seluasnya dan PERHATIKAN sekeliling...

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan