enuff is not enuff

Rabu, 17 Oktober 2012

CINTA KEPADA PERMAISURI HATIKU...

Penulis hari ni tiba-tiba ada idea nak menulis satu artikel mengenai kisah cinta penulis.

Yang dah lepas tu, tak masukla, cuma yang terkini, atau "terlatest" la yang penulis ambil

kira..tetapi memula penulis nak bagi pendapat sendiri mengenai perkataan itu sendiri.

Cinta ni maknanya sangat luas, terpulang kepada apa ia ditujukan atau tujuan apa ia

'dilahirkan' ke dunia nyata kita ini. Biarpun ia mungkin akan membawa kepada dunia

khayalan bergantung kepada isu ditujukan atau tujuan ia yang menjurus kepada kelahirannya

yang tersebut. Maka, penulis setuju sangat dengan apa yang penulis utarakan diawal tadi.


Permaisuri pula merujuk kepada seorang perempuan yang mungkin tertinggi darjatnya

dikalangan antara sesama manusia, betulkan penulis kalau tersilap. kalau begitu,

permaisuri penulis sudah pasti teman sehidup semati kita. dengan erti kata lain, isteri,

orang rumah, sayang dan berbagai gelaran yang indah-indah yang kita berikan kepada

golongan ini. Ada yang berkerjaya dan ada juga yang tidak, bergantung kepada keperluan

semasa ataupun kemahuan. Bagi diri penulis sendiri, orang rumah penulis berkerjaya.

Tetapi, perkara sebegini bergantung la kepada ketua keluarga samada membenarkan atau

tidak membenarkan isteri mereka bekerja.

Dalam bab cinta kepada permaisuri ni, apa yang penulis nak kupas adalah sifat cinta itu

sendiri dan darjat permaisuri tu di mata hati seorang lelaki seperti penulis. Setiap

lelaki mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara ini. Okay, apa yang penulis maksudkan

adalah, sebelum kita berkahwin, kita sudah tentu menyayangi atau mencintai kekasih hati

kita, merancang segala-galanya dari A ke Z, tetapi belum tentu perancangan itu berhasil.

Kita masih juga menunggu 'approval' dari yang esa untuk mengenalpasti samada 'plan' kita

itu direstui atau tidak. Bukan apa, ada yang bercinta 10 tahun, 15 tahun, tetapi kahwin

dengan orang lain yang dikenali tak sampai dengan jarak masa yang sebelumnya itu. Ini

yang dikatakan takdir, jadi janganlah cuba melawan takdir kerana tiada gunanya kerana ia

tidak mungkin berjaya. Jika anda ada menonton filem arahan Dato' Jins Samsudin seperti

tiada esok bagimu, esok untuk siapa dan sebagainya, merupakan contoh terbaik apabila kita

cuba melawan takdir.

Permaisuri hati kita ini biasanya memang yang 'terbaek' yang telah di pertemukan dengan

takdir kita. Terimala dia seadanya, jangan komplen banyak-banyak kerana 'nobody is

perfect'; bukan kerana dia OKU atau orang istimewa, tetapi 'mind', 'soul', 'physical'

setiap orang adalah sangat-sangat berbeza oleh kerana kekuasaan yang maha esa dalam

mencipta setiap mahkluknya dimuka bumi ini. Keunikkan ini wujud ke atas semua bukan,

satu, dua atau tiga, malah berjuta, berbillion, tidak terkira, dan tuhan mampu

melakukannya kerana Dia boleh! jadi fungsi akal kita seharusnya sedar akan perkara ini

dan tidak sekadar melihat dengan mata kasar, tetapi selami dengan mata hati terhadap

pemandangan untuk nikmat mata kita yang Allah kurniakan.



Penulis bersyukur kerana nikmat ini membolehkan permaisuriku berada bersamaku sehingga ke

hari ini. Dikurniakan dengan cahaya mata yang indah-indah kurniaan yang maha esa sebagai

amanah kepadaku dan permaisuriku agar mereka ini akan menjadi manusia yang soleh dan

solehah, taat dan tidak engkar, tulus ikhlas dan menjaga agama dengan bermaruah dan

sentiasa bersyukur atas segala kurniaanNya. Ayah yang soleh, atau ibu yang solehah belum

tentu akan mewariskan zuriat yang serupa kerana iman tidak boleh diwarisi mahupun dijual

di tepian pantai kata Kumpulan Nasyid Raihan.

Cinta kepada permaisuri ku sentiasa ku baja, ku sirami dengan air kesucian hatiku dan

penulis sentiasa berdoa kepada yang maha esa agar cinta suci ini dengan niat kerana allah

sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

Cinta ini seharusnya setiap orang sedia maklum, tidak kekal kerana kedua-duanya akan

kembali dari mana ia datang, melainkan cinta kepada pencipta yang kekal abadi dan tidak

mungkin akan ada kekecewaan di'ending'nya kerana Allah itu kekal abadi. Janjinya sentiasa

ditepati, janji yang pasti dan itulah sebaik-baik cinta yang harus ditanam didalam hati

kerana orang-orang yang beriman sentiasa bahgia disisi pencipta kerana mereka tahu itulah

ketenangan yang dicari selama ini. Allah itu maha segala-galanya kerana Dia yang lebih

memahami isi hati kita dari sesiapa pun di dunia ini. Seharusnya kepada Dialah kita

berpaksikan jika kita mencintai manusia yang lain seperti dalam perkara ini adalah

permaisuri kita.

Penulis mungkin sudah menemui cinta hati penulis tetapi penulis juga harus bersedia untuk

menghadapi kehilangannya yang pasti kerana jika tidak hari ini, mungkin esok dan jika

tidak esok, lusa dan seterusnya sehinggalah masa itu tiba. Jika tidakpun, mungkin penulis

sendiri yang mengadap illahi dahulu dan bukannya dia!!

Penulis cuba bersikap konsisten dalam mengingatkan diri sendiri tentang perkara-perkara

sebegini dan cuba untuk berkongsi peringatan ini dengan semua orang agar kita dapat ingat

mengingatkan antara satu sama lain.

COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan