enuff is not enuff

Ahad, 21 Oktober 2012

ATAS TUTUP, BAWAH BUKAK?!...


Apa khabar wahai para pembaca yang budiman? penulis harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga dan sahabat handai. penulis sudah lama tidak menyumbangkan sesuatu disini, yang terbaru dari penulis adalah artikel mengenai ROGOL yang penulis antar untuk tatapan anda semua semoga memberi manfaat dimana yang sesuai dan iktibar jika dapat menyaring mesej yang tersirat.

ermm...penulis ingin membawa anda semua ke suatu lagi isu yang bolehlah dikatakan kerap jadi bahan debat dan perbualan dewasa ini. mungkin ianya baru dan juga mungkin ianya rutin bagi sesetengah dari anda yang PEKA tentang perkara ini.

ermm..penulis pasti anda semua yang bijak pasti tahu apa yang penulis maksudkan dengan tajuk artikel ini kan?! ya, betul, penulis ingin memberikan sedikit pandangan dari pemerhatian penulis tentang kaum hawa yang memakai tudung tetapi sudah terpesong sedikit pemahaman mereka tentang NILAI NILAI MURNI yang seharusnya ada dalam diri si pemakai tudung...

bukannya nak mengKRITIK, jauh sekali untuk memPERSENDAKAN golongan ini, tetapi lebih kepada pendapat penulis dari kaca mata dan luahan kenalan kenalan penulis tentang mereka ini. TUDUNG bukan FESYEN!! jangan samakan dengan GUCCI, ARMANI, DKNY atau mana mana jenis pun yang sama makna dengannya...jangan jadi BUTA MATA...

disini penulis nak berkongsi apa yang penulis lihat dengan mata kepala sendiri dan bukannya dari cakap cakap mulut atau cakap cakap kosong sahaja...ini kerana penulis melihat sendiri seorang hawa yang bertudung kepala, tetapi dengan "murah" "mengiklankan" dirinya "dipasar terbuka" tanpa segan silu...dengan bahasa MUDAHNYA, pakai tudung tapi pakaian sendat sana sini, bukan setakat "gunung berapi je yang bergegar", punggung pun bergoyang goyang macam tgh jalan kat CATWALK...macam mana nie? anda semua tahu bahawa HAWA HAWA ni memang LAWA LAWA dan CANTIK CANTIK belaka...jadi, hayatilah NAWAITUnya..bukan sekadar ikut ikutan...orang nak pakai tudung, awak pun nak pakai tudung....jangan kerana NILA setitik ROSAK susu sebelanga..kan?!

penulis TIDAK SETUJU dengan cara pemakaian seperti yang penulis lihat dan seperti yang anda lihat dimerata rata tempat terutama dikawasan bandar...dimana hutan hutan batu memenuhi segenap ruang...golongan ini perlu dijelaskan SEBAB SEBAB yang SEMPURNA kenapa ia tidak sesuai...kita memang dah MODEN, tapi FIKIRAN jangan KUNO...betul? ISLAM sudah MODEN sebelum BARAT moden...jadi kenapa kita KE BELAKANG?..seharusnya kita ke DEPAN..dan tidak mudah terpengaruh dengan ideologi ideologi yang cuba diserapkan dalam minda kita terutamanya belia oleh sarjana sarjana dan cerdik pandai barat yang cuba MENGELIRUKAN pemikiran kita dengan IDEA IDEA yang lebih bersifat MANUSIA yang jelas tidak mungkin BAIK 100%...fikirkanlah...

sekadar hiasan


penulis berharap sangat HAWA yang suka berbuat begini BERUBAH..cukuplah sudah apa yang dah berlaku dewasa ini seperti yang pernah didedahkan oleh sebuah tv swasta yang melibatkan HAWA yang BERTUDUNG...peliharalah MARUAH anda...persepsi penulis dan mungkin juga segelintir pihak sudah terhakis dengan SIKAP para HAWA yang berkenaan...macam satu artikel yang penulis baca baru baru ini tentang seorang HAWA yang bertudung tanpa segan silu DIPERLAKUKAN seperti gadis murah tepi jalan oleh "teman lelakinya"...kalau CINTA dijadikan alasan...penulis harap anda tidak mencampur adukkan CINTA dengan NAFSU...wahai para pembaca sekalian, pada pendapat penulis, CINTA dan NAFSU adalah 2 perkara yang berbeza...renung renungkanlah..

penulis amat berharap situasi ini dapat diminimumkan kesannya...maksud penulis, HAWA akan berubah dengan sendirinya...kerana HANYA kita yang dapat mengubah sendiri...dan bagi para HAWA yang mempunyai sahsiah rupa diri yang SECOCOK dengan pemakaian tudung, penulis pandang MULIA usaha anda untuk memartabatkan diri anda dimata masyarakat dan TUHAN...diharap tulisan ini mampu membantu penulis menyampaikan mesej yang ada dalam fikiran penulis TANPA PAKSAAN...jika anda berminat untuk mengetahuinya, anda pasti baca artikel ini sehingga tamat kan? jika tidak?!!...faham faham je la...

sekadar hiasan


ermm...pakai tudung ke, tak pakai tudung ke...itu hak MASING MASING bukan? terpulang lah...nak tutup ATAS je ke..tapi yang bawah bukak...itupun HAK individu...cuma, penulis nak bawa perspektif anda jika anda mahu apa yang anda lakukan tidak dikritik oleh orang lain...kita duduk dalam masyarakat...bukan MANUSIA namanya kalau TIDAK MENGATA...jadi??!! kalau nak privasi sgt..taknak dengar orang KOMPLEN...duduk kat HUTAN...hehe...sembangla dengan orang BISU...tapi bukan ORANG BETUL...orang UTAN je ler....hehe..

penulis pernah terdengar pepatah CERDIK TIDAK BERAKAL...jadi, renungkanlah...



COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan