enuff is not enuff

Khamis, 1 Mei 2014

Tikam dari belakang?! Kenapa bukan depan?!

Topik ni dah banyak kali orang sebut dan citer. Kenapa orang masih citer benda yang sama berulang-ulang dan berbagai-bagai versi wujud? Sebab bende cenggini masih berlaku walau semoden mana sekalipun peradaban manusia. Akal manusia mungkin sudah berkembang atau sel-sel otak sudah berhubung dengan  baik, tetapi sel-sel dengki, khianat, sakit hati, benci dan yang seangkatan dengannya masih bertapak didalam minda sesetengah manusia yang tidak dapat dipastikan sebab musababnya beliau bersifat sedemikian rupa. "...kan lebih baik kau lahir sebagai haiwan..." petikan dialog P.Ramlee dalam filem Ibu mertuaku.

Mungkin nalurinya ibarat haiwan tetapi masih menyerupai seorang manusia barangkali. Apa bole buat, kita ini hidup berkumpulan dan bersosial diantara satu dengan yang lain. Takmo campuq orang pi dok dalam hutan or jungle. Kalau nak berdengki khianat pun dengan haiwan je yang tiada nafsu materialistik memadai dengan nafsu untuk kepentingan fitrahnya sahaja iaitu makanan, membiak dan yang bersesuaian dengan sifat haiwannya.

Tikam menikam tanpa mengeluarkan darah ini perkara biasa dalam masyarakat atau komuniti manusia. Dalam dunia haiwan pun ada tetapi dalam bentuk kes yang terpencil, tidak mungkin sampai menjejaskan kredibiliti haiwan tersebut dalam jangka masa panjang. Tetapi lain pulak dengan komuniti manusia ini, tikam belakang ini boleh berlarutan sampai beberapa keturunan, kadang-kadang menjadi dendam kesumat yang tiada pengakhirannya. tiada kesudahan..

Apa yang penulis maksudkan adalah orang yang mengambil kesempatan atas kemesraan atau kebaikkan kita dengan mengeksploitasikan sesuatu itu untuk kepentingan dirinya atau yang memberi faedah ke atas sesiapa yang bersangkut paut dengan si pelaku tersebut. Yang menjadi mangsa akan menanggung akibat atau apa-apa sahaja kesan yang dijangka hasil tindakan yang tidak bertimbang rasa berkenaan...tikam belakang..

Kadang-kadang, tanpa kita sedari pun orang boleh tikam dari belakang. Kalau sedar takpe, kalau tak sedar memang bahaya. Kerana perkara-perkara sebegini tiada saluran untuk aduan. Mangsa harus berusaha sendiri untuk menegakkan keadilan atau menebus kembali maruah yang telah tercalar.

Beringat lah sebelum terkena kerana malang tidak berbau...berhati-hati dari setiap sudut dan peka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling anda kerana anda tidak tahu bila dan dimana orang akan menikam anda..belakang ke depan?!

Sekian...

COPYRIGHT © 2000-2014 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.