Boleh di katakan rata rata orang memang tak suka dengan penipu, benci, menyampah lagi adalah, kepada golongan jenis ini. Kita tak peduli apa orang kata, tapi kalau sekali kita terkena dengan si 'penipu' ni sampai bila bila kita tak mungkin percaya lagi kat dia.
BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN..
Pernahkah anda ditipu? atau pernahkah anda menipu? atau tipu atas tipu? tipu ni sama ke dengan bohong? ataupun anda tak pernah menipu atau ditipu seumur hidup anda? ***ANDA MEMANG BERTUAH :-)
Sebenarnya penipuan berlaku dalam setiap rutin harian biarpun tanpa disedari ataupun secara sedar. Kadang kadang ia seakan penyakit berjangkit yang mampu menular jika tidak di bendung dengan teliti dan bersungguh sungguh..
pada suatu hari penulis mendengar seorang pakar motivasi terkenal memberikan sedikit buah tangan tentang isu penipu nie atau lebih tepat pembohong atau pun lebih spesifik, bohong, dusta dan yang sama erti dengannya...
beliau mengatakan yang manusia berbohong ada sebab...mungkin kerana mereka berbohong sebab nak jaga hati orang..atau istilah yang digunakan adalah bohong sunat, sama macam dalam skrip filem P.Ramlee...walhal dalam agama takde pun bohong sunat..hehe..katanya lagi...
beliau memberi contoh, seorang teman yang sedang makan...seorang teman merujuk kepada tuan rumah bertanya kepada teman yang sedang makan tadi.."sedap ke?"...si teman yang sedang makan kata. "sedappp.." walhal REALITInya memang tak sedap, tetapi kerana tidak mahu tuan rumah berkecil hati atau mungkin tersinggung dengan jawapan BENAR..teman tadi berbohong dengan mengatakan sedap...pakar motivasi tersebut menyatakan niat teman tadi BENAR..untuk menjaga hati tuan rumah tapi malangnya teman itu berbohong...dalam kes ini, kita tak boleh menjalankan istilah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA..ini tidak betul...katanya lagi...teman tadi berkata dengan nada yang bersungguh sungguh dan intonasinya cukup meyakinkan si tuan rumah...jadi? penipu kah teman yang bertandang tadi...?memang...
suatu keadaan yang lebih kurang sama berlaku kepada teman penulis suatu masa dahulu...teman ini sedang menunggu seorang teman yang lain di suatu tempat kemudian teman yang sepatutnya hadir pada waktu yang di tetapkan terlambat dan ternyata dari raut wajahnya kelihatan begitu sugul dan kecewa kerana terlewat...teman yang terpaksa menunggu ni risau dengan keadaan teman tadi dan berbohong bahawa dia juga tiba lewat dan secara klasiknya, mereka dua dua LEWAT...jadi teman yang sugul tadi kelihatan sedikit lega kerana dia tidaklah terlewat sangat seperti jangkaannya kerana teman tadi telah berbohong untuk melegakan tekanan dalam diri teman yang satu lagi...? sekali lagi, tak mungkin MATLAMAT MENGHALALKAN CARA boleh di praktikkan sewenang wenangnya..ini tidak betul..tapi, teman tu di kira PENIPU lah kan?
hmm...penulis terbaca suatu artikel dalam akhbar tempatan tentang kes penipuan kereta yang melibatkan dua pihak..yang menjual dan yang membeli...kes dimulakan dengan seorang wanita yang ingin membeli sebuah kereta BARU melalui seorang jurujual yang menjanjikan perkhidmatan yang segera dan pantas...disini penulis ingin nyatakan si jurujual ni cuba menipu wanita ini...jurujual tersebut meminta sejumlah wang pendahuluan untuk menguruskan penjualan kereta yang ditempah oleh wanita tersebut, jadi tanpa berfikir panjang wanita tersebut telah membayar sejumlah wang dan diberi kononnya sebuah resit yang sebenarnya bukanlah resit seperti yang didakwa...wanita ini was was tapi dia menganggap remeh perkara ini kerana dia tidak mengetahui bahawa dia akan ditipu...beberapa bulan kemudian wanita ini mula sangsi kerana kereta yang dijanjikan tidak MUNCUL dan jurujual terbabit seolah olah melarikan diri...akhirnya wanita ini kembali semula ke kedai menjual kereta ini dan terkejut apabila mengetahui perkara sebenar..jurujual tersebut sudah melarikan diri dengan wangnya dan yang lebih malang resit yang disangka resit bukanlah resit...wanita ini cuba menuntut haknya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna tapi gagal kerana kertas yang di sangkanya resit itu bukanlah resit...jadi, jurujual ini menipu orang untuk kepentingan sendiri...kenapa dia PERLU MENIPU? gaji tak cukup? memang dia suka menipu..hobi? hmm..janganlah menipu kerana anda kelak akan menerima balasan akibat menipu...
tiba tiba teringat penulis tentang kisah budak yang suka menipu di sebuah kampung akhirnya menerima akibat dari perbuatannya...kalau penulis tidak silap, budak ini suka menjerit jerit minta tolong yang rumahnya terbakar...orang kampung yang mendengar jeritan budak ini bergegas untuk membantu hanya untuk mengetahui diri mereka ditertawakan sahaja oleh budak tersebut...kali kedua begitu juga dan seterusnya sehinggalah rumahnya benar benar terbakar dan akhirnya hangus kerana orang kampung memandang ringan jeritan yang BENAR dari budak tersebut...MENIPU tidak membawa sebarang keuntungan..?
kanak kanak dari peringkat rendah sudah dididik supaya tidak menipu dan sentiasa berkata benar, tapi kadang kadang ada jugak golongan pelapis ini yang menipu samada secara tidak sengaja atau memang tabiat spontan yang tidak dapat di elakkan..
golongan dewasa pun apa kurangnya...
ayah kencing berdiri, anak kencing berlari..?
hmm...jangan jadikan penipuan suatu amalan dalam kehidupan...ia merugikan...
COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.
All Rights Reserved.
DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan