enuff is not enuff

Selasa, 16 Mei 2017

Kisah hidupku..

Aku dilahirkan ke dunia kira-kira empat puluh satu tahun yang lalu. Ibuku bernama Siti Aisyah (bukan nama sebenar) di sebuah rumah di sebuah kampung di satu lokasi di Selangor. Ayahku bernama Muhammad Yusof (bukan nama sebenar), bekerja sebagai tukang kayu dikampung ini. Ketika aku lahir, hari itu adalah hari sabtu. Kira-kira lebih kurang jam enam pagi, aku keluar dari dunia didalam perut ke dunia sementara ciptaan Allah swt yang sangat indah, penuh warna-warni. Aku menangis sekuat hatiku kerana aku belum biasa dengan kehidupan didunia. Alam ku yang gelap gelita berubah menjadi warna-warna kehidupan yang bakal aku lalui kelak. Aku tidak tahu dimanakah aku pada masa itu kerana aku terlalu jahil dan kecil untuk mengetahui secara tepat lokasi aku dilahirkan. Ibuku selamat melahirkan aku dengan izin Allah swt. Ayahku juga bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memberikannya anugerah yang sangat mahal pada masa itu. Aku melihat berbagai-bagai makhluk selepas aku dilahirkan, barangkali disebabkan Allah swt mengizinkan aku untuk melihatnya. Aku jadi takut kerana aku mungkin terlihat syaitan dan jin. Namun demikian, sebaik-baik sahaja ayahku melafazkan qamat ke telingaku, aku jadi berani dan takjub dengan kekuasaan Allah swt terhadap semua makhluknya. Ku lihat syaitan dan jin bertempiaran lari apabila ayahku melafazkan kalimah Allah itu. Hati ku jadi tenang, sabar dan lebih yakin untuk menempuh penghidupan yang Allah baru sahaja anugerahkan kepadaku...

..bersambung...