enuff is not enuff

Sabtu, 20 Oktober 2012

ROGOL...



Sekarang ni macam macam hal yang dah berlaku dalam masyarakat kita, bukan setakat jenayah terancang malah yang tidak terancang pun semakin menular dan yang lebih parah bila manusia sudah tidak gentar dengan undang undang.

Apa sudah jadi dengan manusia? adakah kerana yang bertopengkan binatang semakin ramai di kalangan kita?

penulis ingin bawa anda semua, wahai pembaca yang budiman menyentuh perkara ROGOL yang semakin menjadi jadi sekarang berdasarkan laporan media yang menghidangkan kita dengan berita berita dan laporan yang sudah tentu menyentuh sifat kemanusiaan kita dan mencabar maruah kita semua apabila ROGOL menjadi topik hangat dan panas dewasa ini.

penulis melihat dari suatu sudut yang sudah tentu berbeza dengan sebilangan anda semua.

penulis merasakan jenayah ROGOL ini berleluasa apabila sikap masyarakat yang sejak azali lagi terutamanya masyarakat kita, yang mengamalkan sikap sudah terantuk baru tengadah...aaddooii..ini lah puncanya yang dapat di lihat...tak payah tengok ROGOL je...tengok la benda benda lain yang di bawah kategori JENAYAH...macam macam...

abis tu, kalau dah berlaku baru nak terhegeh hegeh nak pergi betulkan nak buat apa kan? kekadang bukan semua benda ada xtra-TIME untuk di perbetulkan...kekadang, SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT...atau...NASI DAH JADI BUBUR...apa lagi yang terdaya kita lakukan? memang ada pepatah...malang tak berbau..tapi sejauh mana kita menghayatinya? ada ke orang yang benar benar prihatin? malah institusi keselamatan di negara kita juga sedikit sebanyak sudah tidak RELIABLE lagi...jadi?

ermm...penulis bukan pakar jenayah, tetapi kalau dah berlaku dalam kawasan sendiri, ini dah kira kes, "kau pnuya hal, kau setel sendiri, aku punya hal, aku punya hal, kau punya hal, kau punya hal..." dalam erti kata ringkas tapi kurang ajar ialah,"bukan hal aku, pandai pandai kau la"...bila benda mcm ni dah menular dalam masyarakat...apa yg bole kita buat? sekarang terpulang kepada setiap individu untuk memainkan peranan masing masing agar dapat MENCEGAH..itu yang paling minimum...

pada pendapat penulis, kes kes tertentu kalau berlaku di suatu tempat yang ASING...penulis boleh terima kesudahan MENGERIKAN dan MENYEDIHKAN buat mangsa, tapi kalau dalam kawasan yang DIDIAMI manusia..agak malang kerana ia tidak dapat dielakkan...malah menjadi suatu bahan debat antara satu sama lain dan tuding menuding sehingga bole menimbulkan suasana tegang...inikah yang kita mahu? sedangkan mangsa sudahpun menerima akibatnya hasil perbuatan jenayah penjenayah penjenayah yang boleh jadi sesiapa sahaja dalam konteks ROGOL ini...

penulis amat bersimpati dengan mangsa mangsa dan keluarga mereka kerana bukan pinta mereka perkara sebegini berlaku dan menyebabkan mereka kehilangan orang yang tersayang. kalau berlaku kepada kita bagaimana rasanya? tentulah kita tidak mahu bukan?

bagaimana nak mengelak perkara sebegini dari berulang/berlaku?

1. buat kaum perempuan tidak kira muda atau dewasa, silalah jangan BERSEORANGAN...pastikan anda berteman dan BERITAHU kepada keluarga atau kenalan tujuan dan tempat tujuan anda...

2. JANGAN mudah termakan pujuk rayu dan amalkan sikap MENOLAK kepada orang yang pertama kali ditemui atau orang yang asing sungguh kepada anda...

3. jika rasa TERANCAM bersiap sedia untuk BERLARI DENGAN SEKUAT KUAT HATI dan MENJERIT DENGAN SUARA ANDA YANG PALING TINGGI...

4. Bawalah alat KESELAMATAN YANG dicadangkan oleh kerajaan untuk digunakan pada masa KECEMASAN...

5. elakkan LANGKAH NOMBOR 1...DUDUK RUMAH JER...

ermmm...itulah cadangan cadangan yg terlintas di fikiran penulis...harap2 berkesan...

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI...? fikir fikirkan lah..



COPYRIGHT © 2000-2012 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent.

All Rights Reserved.

DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan