enuff is not enuff

Jumaat, 2 November 2018

Berlawan Dengan Syaitan 2


Bab 1 – Mencari Sofea


"Apa yang dimenungkan tu?" tanya abah kepadaku.
"Takde apa-apa abah" jawabku perlahan.
"Abah tak jadi ke nak pergi rumah Mak cik Nina?" soalku pula.
"Sebab tu abah tanya abang. Termenung ja. Jadi tak nak bawa abah?" jawab abah pula.
Aku tersengih mendengar jawapan abah.
"Maaf abah, terlupa" ucapku.
Abah hanya tersenyum.
"Teringat dengan Sofea ke?" usik abah lagi.
Aku ketawa kecil sambil bangun menuju ke pintu rumah.
Abah berjalan mengikutiku dari belakang. Kami menuruni tangga dan berjalan menuju ke kereta. Hari tiba-tiba jadi mendung. Aku menekan alarm kereta dan membuka pintu kereta. Abah masuk ke dalam kereta dari pintu sebelah kiri dan aku masuk ikut pintu sebelah kanan.
Aku menghidupkan enjin kereta. Ku lihat abah leka membelek kertas-kertas kecil yang dikeluarkan dari beg kecilnya. Dia membaca sesuatu dari salah satu keratan kertas itu. Mungkin abah sedang mengesan alamat rumah Makcik Nina yang ditulis dan disimpan dalam kertas tersebut.
Bila ku kenang semula saat kali terakhir aku menziarahinya adalah pada tahun lepas. Suatu jangkamasa yang agak panjang selepas suaminya meninggal dunia tahun lepas.
Aku memandu kereta keluar dari kawasan perkarangan rumah abah. Hari tiba-tiba dihujani dengan air-air yang turun dari langit dalam bentuk titis-titis air yang kecil menyirami cermin hadapan keretaku.
Aku masih dapat melihat sedikit walaupun titisan itu sudah menutupi kesemua permukaan cermin. Tindakan refleks tanganku membolehkan wiper bergerak pantas menepis air dari cermin dengan kemas.
Pandanganku kembali jelas namun titisan yang semakin laju turun dari atas langit menyebabkan cermin kembali kabur. Wiper di tetapkan untuk bergerak lebih pantas bagi menyamai kepantasan air hujan yang sudah semakin lebat.
Abah menyimpan baki kertas-kertas yang dikeluarkannya dengan hanya meninggalkan satu sahaja yang dipegang erat. Dia memberitahuku bahawa Makcik Nina sudah berpindah ke rumah baru dan alamatnya ada ditangannya sekarang.
Aku meminta abah membaca alamat berkenaan. Alamat berkenaan agak jauh dari rumah abah. Aku menganggukkan kepala selepas abah membaca alamat berkenaan kerana abah bertanya samada aku tahu atau tidak lokasi alamat berkenaan.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah Makcik Nina. Tiba-tiba abah bertanya kepadaku,
"Abang ingat lagi tak dengan Makcik Nina?"
"Ingat abah. Tahun lepaskan kita ziarah Makcik bila suaminya meninggal" jawabku pendek.
"Oh...maknanya abang tak datang masa dia buat kenduri doa selamat bila pindah rumah baru tu?" soal abah lagi.
Aku terus berfikir dan cuba mengingat semula situasi itu. Puas aku mencuba mendapatkan ingatan tersebut namun tiada apa yang aku perolehi.
"Abah, boleh bagitahu tarikh nya tak?" balasku kepada abah.
Selepas mendapatkan tarikh berkenaan baru aku dapat mengingatinya.
Pada hari itu, aku ditugaskan oleh bos aku untuk berjumpa dengan client di Sabah. Aku berada di luar kawasan selama dua hari untuk mendapatkan projek berkenaan.
"Dah ingat ke?" kejut abah apabila aku dilihat mengelamun seketika.
"Dah abah. Abang kan ada kerja kat Sabah masa tu" jawab aku pantas.
"Hah, ingat pun.. Abah saja tanya abang.. Nak tengok ingat ke tidak" terang abah.
Abah melemparkan senyumannya kepadaku.
Aku turut tersenyum.
"Makcik suruh datang sebab apa abah?" soalku semula.
Abah kembali merenungku dengan wajah penuh tanda tanya. Kemudian dia memandang ke arah depan. Aku sekali sekala cuba memandang abah kembali dengan harapan abah akan memberikan jawapan kepada soalanku tadi.
Namun abah masih mendiamkan diri. Aku terus memfokuskan pemanduan aku apabila tiba-tiba abah memberitahuku dengan nada yang dalam kerisauan.
Aku mendengar cerita abah dengan tekun.




Dapatkan ebook "Berlawan Dengan Syaitan 2" sekarang di :



Tiada ulasan:

Catat Ulasan