Bab 2 – Korban Pertama
Rahim
berjalan terdengkot-dengkot menuju ke pintu rumah. Tongkat itu diangkat
perlahan-lahan bagi setiap langkahan. Wajahnya tidak ceria. Setelah berjalan
beberapa ketika akhirnya sampai juga ke pintu rumah.
"Pak
Ramlan...oo… Pak Ramlan!" jerit Rahim dari luar rumah tersebut.
Keadaan
agak sunyi. Kemudian terdengar suara dari dalam.
"Siapa
tu?" soal suara itu.
"Saya
Pak…Rahim" balas Rahim semula.
"Rahim
mana?" soal suara itu lagi.
"Saya
lah Pak, semalam saya datang" jawab Rahim yang mula rasa tidak senang
dengan pertanyaan demi pertanyaan dari suara itu.
"Pakcik
tak ingat lah" jawab suara itu lagi.
"Takpela...naiklah
masuk..." jemput suara itu semula.
Rahim
menolak daun pintu perlahan-lahan. Keadaan agak gelap. Kemudian ada cahaya
memancar umpama kilat. Rahim agak terkejut, namun kembali tenang setelah
mendapati Pak Ramlan muncul sambil lampu di ruang tamu menyala.
"Rahim..."
Pak Ramlan tersenyum melihat tetamu yang datang.
"Pak...apa
khabar?" soal Rahim sambil tersenyum melihat Pak Rahim.
"Khabar
baik Rahim. Pak cik tak cam suara Rahim...maaflah" ucap Pak Rahim sambil
menjemput Rahim duduk di ruang tamu rumahnya.
"Takpa
Pak..." balas Rahim pendek. Dia menyandarkan tongkatnya di dinding sebelum
duduk di kerusi.
"Rahim
kemalangan ke?" tanya Pak Ramlan apabila melihat keadaan Rahim.
"Ya
Pak..semalam kat simpang tiga depan rumah saya.." balas Rahim apabila
ditanya oleh Pak Ramlan.
"Tangkal
yang Pak cik bagi tu, Rahim tak pakai ke?" tanyanya lagi.
"Ni
yang saya datang balik hari ni. Nak tanya pasal tu la" balas Rahim.
"Eh...tak
mungkin tak berkesan. Pak cik buat khas untuk Rahim tu " terang Pak Ramlan
lagi.
"Tangkal
tu boleh buat Rahim jadi kuat dan digeruni orang" sambung Pak Ramlan lagi.
"Masalahnya
Pak, jatuh motor boleh retak tulang buku lali saya, apa cerita ni? Kata boleh bagi
kuat? Macam ni susah lah Pak..." rungut Rahim kepada Pak Ramlan.
"Kalau
macam tu, Pak cik kena buat baru lah..." ucap Pak Ramlan semula.
"Berapa
pula saya kena bayar tu Pak?" soal Rahim risau. Semalam dah terbang
RM5,000 fikirnya sendirian.
"Oh..jangan
risau. Tambah duit sedikit ja" jawab Pak Ramlan sambil tersenyum. Beliau
memberi isyarat kepada Rahim untuk mengikut dia masuk ke dalam.
Rahim
bangun dengan perlahan sambil dibantu oleh Pak Ramlan. Mereka berdua berjalan
menuju ke sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.
Pak
Ramlan membuka pintu bilik. Kedua-duanya masuk ke dalam.
Rahim
duduk di atas sebuah kerusi di tepi katil. Pak Ramlan membantunya seketika
sebelum duduk di lantai untuk bertafakur.
Rahim
hanya memerhatikan sahaja Pak Ramlan duduk membatu buat seketika. Orang tua itu
memejamkan matanya dan tidak bergerak langsung dalam 10-15 minit.
Rahim
agak resah dengan keadaan Pak Ramlan. Berbeza dengan semalam, dia datang dan
membayar sahaja tangkal yang ditempahnya seminggu yang lalu.
Tapi
hari ini berbeza.
Tiba-tiba
Pak Rahim menghulurkan segelas air kepada Rahim.
Rahim
tersedar dari lamunannya.
"Air
apa ni Pak?" soal Rahim.
"Minumlah.
Nanti kaki Rahim boleh cepat baik. Lagipun, ada kawan Pak cik nak jumpa
Rahim" terang Pak Ramlan.
Tanpa
membuang masa, air itu diteguk oleh Rahim sehingga habis. Rasanya agak pelik.
Namun tidak menjadi masalah bagi Rahim. Kemudian dia terasa kepalanya berpusing-pusing
buat sementara waktu.
Rahim
melihat wajah Pak Ramlan berubah-ubah bentuk, sekejap memanjang dan membujur
dan kembali normal. Kemudian mata Pak Ramlan memanjang ke bawah dan ke atas
berulang-ulang kali.
Dapatkan ebook "Berlawan Dengan Syaitan" sekarang di :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan