Bab 5 – Perjalanan Yang Panjang
Aku
membetulkan dudukku dalam kereta. Abah ku lihat disebelah. Dia keluar sambil
membawa sebotol air mineral. Ku lihat dia membasuh muka nya agar segar semula
kerana ketiduran sepanjang perjalanan. Aku mengusap-usap mukaku. Ku lihat ke
arah cermin pandang belakang. Tiba-tiba mataku ‘menangkap’ kelibat di belakang kereta ku bergerak dengan begitu
pantas. Kemudian ‘hilang’ kelibat
berkenaan.
Ku
toleh ke kiri ku lihat abah dah selesai mencuci muka dan masuk kembali ke dalam
kereta. Waktu pada ketika itu sudah menunjukkan jam empat setengah pagi. Abah
mengarahkan aku supaya meneruskan perjalanan kami. Aku hanya menganggukkan
kepala. Sebaik-baik sahaja aku menghidupkan enjin kereta, tiba-tiba ada sesuatu
menghentak bumbung kereta dengan kuat. Aku terkejut dan begitu juga abah.
Kami berpandangan di antara satu dengan lain. Aku cuba untuk membuka pintu dan keluar, tetapi abah memegang lengan kiri ku dan melarang aku keluar. Jari telunjuknya di letakkan dibibirnya dengan perlahan-lahan. Dia memberi isyarat kepada ku agar jangan bersuara. Kami duduk diam sebentar.
Dapatkan ebook "Berlawan Dengan Syaitan" sekarang di :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan