Semua orang suka dengar rahsia. Saya pun
suka. Tapi lagi syok kalau rahsia tu bermanfaat untuk diri sendiri terutamanya.
Saya bukan pakar dalam bidang ini tapi cukup sekadar untuk saya 'pandu arah' ke
mana saya harus tuju dalam hidup. Mungkin dah terlambat bagi sesetengah orang
untuk 'ubah' apa yang sudah 'dipilih' tetapi sesungguhnya selagi berpeluang
untuk mengubahnya menjadi lebih baik, mengapa tidak kita teruskan?
Saya cuma seorang manusia biasa. Saya
juga banyak buat silap dalam pemilihan yang saya lakukan dalam hidup. Tapi
itulah 'adat-resam' dalam menjalani kehidupan. Sebab itu Allah suruh kita
mencari ilmu sebanyak mungkin supaya kita lebih bijak dalam membuat keputusan.
Saya tak tahu potensi diri saya. Saya tahu banyak orang bercerita pasal potensi diri. Macam mana nak jadi kaya, hidup senang, berjaya dan macam macam lagi kisah gembira. Belum pernah lagi saya dengar cerita, orang nak cari cara macam mana nak hidup susah, melarat, merempat dan sebagainya dalam hidup kecuali dia sendiri yang pilih untuk jadi macam itu. Secara fitrahnya, semua manusia fikir perkara yang positif sepanjang hidupnya; sekurang kurangnya lepas dia dah boleh berfikir sendiri; dia 'mengejar' 'kejayaan' yang dihadapan dia. Yang dah lepas tak guna nak kenang lagi. Dah lepas pun.

Oleh itu, saya cuba berfikir benda yang
paling asas berkenaan potensi diri saya; Rahsia tarikh lahir saya dari sudut
metafizik. Sebagaimana Allah menetapkan solat lima waktu dan rakaatnya, saya
pasti ada rahsia disebalik semua itu termasuklah yang berkaitan dengan diri
saya. Saya pun mula mencari ilmu berkenaan dan berhasil mendapatkan sedikit
untuk diri saya berkenaan dengan tarikh lahir saya. Rupanya banyak juga yang
bermanfaat untuk diri saya hanya berdasarkan tarikh lahir saya. Sesungguhnya
ilmu Allah itu luas; Dia Maha Mengetahui dan Maha Mencipta. Ini bukan meramal
nasib atau jadi ahli nujum, tetapi fakta yang berkait rapat dengan nombor yang
mewakili tarikh lahir anda.
Saya tak perlu nak guna bomoh atau
khidmat pakar kaunseling bagai; memadai dengan apa yang perlu saya tahu pasal
diri saya sendiri dan saya boleh terus praktikkan dalam hidup. Sebagai contoh,
rupanya warna yang paling sesuai dengan saya berdasarkan tarikh lahir adalah
warna merah, oren dan ungu. Ini adalah warna aura saya. Oleh itu sekiranya saya
menggunakan warna ini dalam urusan saya sehari-hari, insya Allah saya akan
memaksimumkan 'energi positif' dalam apa jua yang saya lakukan. Apa maksud
'energi positif' ni? Maksudnya, saya dapat 'menyerap' caj-caj positif
disekeliling saya dimana sahaja saya berada; di rumah, di pejabat; ditempat
awam dan sebagainya. Apa guna 'serap' 'energi positif' ini? Supaya kita jadi
lebih 'positif' dalam hidup dan apa jua yang kita lakukan. Kita akan lebih 'bijak'
dalam membuat pilihan sewaktu kita sedang melakukan sesuatu yang bermanfaat dan
'positif'.
Okay sekarang saya dah tau warna yang
sesuai dengan diri saya. Saya juga tahu saya dari elemen yang mana satu; Logam,
Air, Api, Kayu dan Tanah; yang mana satu ya? Saya membuat sedikit pengiraan dan
saya termasuk dalam kumpulan orang yang merupakan elemen api. Okay baik, kalau
saya dari elemen api; apa pekerjaan atau perniagaan yang sesuai saya buat?
Sebelum saya 'tahu' saya ini merupakan elemen ini, saya bekerja sebagai penjual
kereta, membuat kerja pemasaran, menjadi pegawai khidmat pelanggan dan
sebagainya yang sebenarnya tidak sesuai untuk saya teruskan sekiranya saya
ingin memaksimumkan potensi diri saya. Tidak hairanlah, semua pekerjaan
tersebut saya tinggalkan kerana saya tidak boleh 'survive' dengan pilihan
berkenaan atau dengan erti kata lain, 'gagal'. Akhirnya saya 'bertemu' dengan
kerjaya yang 'sesuai' dengan potensi diri saya tanpa saya 'sedari'. 'Akhirnya'
itu telah memakan masa saya yang sangat banyak untuk saya 'temui'. Jika saya
tahu lebih awal bukankah lebih baik? 'Malangnya' atas kejahilan saya mencari
ilmu saya telah merugikan diri sendiri walhal saya boleh ubah nasib saya
sekiranya saya mahu dengan izin Allah. 'Menjadi jahil' adalah pilihan sendiri
bukan Allah yang tetapkan. Sama juga dengan perihal 'mengenal Allah' adalah
dengan cara kita mencari jalan untuk 'mendekatiNya' dan 'mencariNya' bukan
sebaliknya.
Okay saya dah tahu kerjaya yang sesuai, sekarang saya nak buat part-time berniaga kerana saya ingin menambahkan pendapatan hakiki saya. Kalau tinggal di bandar ini, gaji sahaja tidak cukup untuk menampung hidup. Nak bayar sewa rumah, bil elektrik, bil air dan sebagainya sudah cukup untuk kita buat pilihan mudah iaitu berniaga bagi menambah pendapatan sampingan. Saya telah memulakan perniagaan 'online' saya untuk menambah pendapatan. Saya menjual air vitagen, air mangga, sabun lemon pencuci muka, menjual nasi bungkus, menjual chia seed dan macam macam lagi tapi semuanya 'gagal' bukan kerana saya tak dapat untung tetapi sebenarnya perniagaan tersebut 'tidak sesuai' dengan rahsia tarikh lahir saya. Sebagaimana saya 'mengenal-pasti' kerjaya yang sesuai, saya juga telah mengenal pasti 'jenis' perniagaan yang 'sesuai' dengan diri saya. Saya mempunyai sedikit pengetahuan
berkenaan dengan komputer dan perisian Microsoft Office; oleh itu dengan sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada saya, saya berjaya membangunkan sistem pengiraan mudah tarikh lahir yang saya guna-pakai sekarang. Cukuplah sekadar kita tahu warna dan kesesuaian kerjaya dan perniagaan dengan diri kita. Sekurang-kurangnya kita dapat panduan untuk membuat sesuatu perkara dengan lebih berjiwa positif dan yakin dengan izin Allah kita akan berjaya.

Saya nak kongsi program ini dengan anda
semua tetapi yang BASIC VERSION punya.
Sekiranya anda nak tengok bagaimana program itu berfungsi, boleh lah lawati laman web saya di http://www.geinwo.com/laporan-tarikh-lahir.html
Sekiranya anda nak tengok bagaimana program itu berfungsi, boleh lah lawati laman web saya di http://www.geinwo.com/laporan-tarikh-lahir.html
Semoga dengan perkongsian ini anda dapat
'membuat' pilihan yang bersesuaian dengan diri anda. Allah takkan mengubah
nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berusaha untuk mengubahnya. Semoga
bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan