Apsal la dengan mesin basuh rumah aku ni. Dah pasang air pun tak boleh spin juga. LED dia nyala ni. Rasa macam okay. Kalau rosak takkan lampu ni nyala. Button wash, drain dan spin semua menyala. Bila aku tekan spin, mesin ni tak boleh spin pula. Ni yang buat aku berasap ni. Dahlah banyak pakaian aku dalam mesin basuh ni. Nanti tak sempat kering jenuh aku nak pakai tak cukup pakaian. Menyesal pula aku pi tambah air sampai penuh tadi. Ingatkan hos air ni problem. Rupanya mesin ni yang problem. Tak bole jadi ni. Nak kena transit dulu load dalam ni. Aku pun pi cari bekas besar dan lebar untuk pindahkan load tadi. Dah selesai tugas tu aku pun mulalah pasang paip salur air dalam bekas tu untuk bilas dan perah secara manual semua pakaian yang dah cuci ni. Lama dah tak buat kerja ni. Zaman duk U biasalah. Nak tak nak kena buat juga. Nanti pakaian ni lambat kering kalau tak perah elok-elok. Sakan juga aku berhempas pulas mengerah tenaga. Barulah aku tahu mesin basuh ni dah banyak berjasa dan menjimatkan masa aku selama ini. Tapi macam juga manusia biasa yang tidak kekal selamanya, akhirnya perkhidmatan dia terhenti buat selamanya. Mesin basuh jenama Samsung ni telah berusaha dan menabur bakti hampir sepuluh tahun. Sepanjang masa tersebut tiada tanda-tanda kritikal dia bakal tercabut nyawa. Apa yang dilakukannya adalah terus beroperasi sehingga tiada daya untuk meneruskan perkhidmatannya demi tuan yang tercinta. Aku pulak sayang nak buang walaupun dah sah rosak. Aku try google dan jumpa satu blog pasal membaiki mesin basuh jenama Samsung ni. Oleh kerana jiwa aku ni jenis kaki pantang nampak benda rosak nak cuba baiki dulu sebelum hantar kedai, maka aku pun ikut panduan dalam blog tu. Habis aku tanggalkan komponen mesin basuh tu. Akhirnya lepas try dan error tahulah juga aku sebab utama mesin basuh ni jem. Control panel dia yang ada segala button ni dah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Nama glamor dia PCB. Mana nak cari spare part dia ni. Nak panggil orang baiki senang ja. Oleh itu, aku try google spare part tu. Aku ada jumpa tapi bukan model Samsung macam kat rumah aku ni. Surf punya surf akhirnya jumpa. Tapi kedai dia nun kat JB. Macam tiada pilihan dah. Aku pun wasap salesperson dia dan dapatkan sedikit info pasal syarikat ni. Kalau ikutkan syarikat ni memang kerjanya jual spart part dan segala macam peralatan eletronik. Nampak macam safe nak proceed. Aku pun add to cart dan checkout. Semua butir dah dilengkapkan. Aku pun terus tekan send button. Selepas beberapa saat aku terima pengesahan pesanan dan aku dimaklumkan urusan penghantaran akan diproses secepat mungkin selepas aku selesai membuat pembayaran. Dimaklumkan bahawa caj penghantaran dimasukkan ke dalam bil berserta dengan nombor akaun bank syarikat. Sebelum aku proceed dengan bayaran aku surf website pdrm untuk semak nombor akaun syarikat samada ada dalam senarai hitam pdrm. Didapati syarikat clear. Sebelum aku proceed lagi aku try survey harga pcb tu. Ada seorang brother ni buat kerja repair mesin basuh dengan peti sejuk. Aku wasap dia tanya pcb tu harga berapa. Dia inform pcb original samsung memang tiada jual lagi. Cuma yang ada made in China brand. Harga yang dia tawarkan lagi mahal dari yang aku order online tu. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidak membaiki mesin basuh walaupun berat hatiku rasa. Solutionnya adalah beli yang baru. Buat masa ini, terpaksalah bawa pakaian kotor basuh ke dobi. Tak pernah lagi bawa pakaian cuci guna dobi. Ini kali pertama. Sebelum gerak, standby sabun serbuk dengan duit syilling jika mencukupi. Kadang-kadang kat dobi ada mesin tukar duit syilling. Kat tempat aku ni, ada 2 jenis mesin basuh. Ada 9kg dengan 16kg. Harga bagi sekali guna sempena promosi ni RM1 untuk 9kg dan RM2 untuk 16kg. Masa menunggu selesai basuh pakaian ni dalam 40 minit ke 45 minit. Tapi aku tinggalkan ja kat situ, aku balik rumah dulu. Cukup masa aku pergi balik ambil pakaian tu. Walaupun pertama kali datang, aku dah nampak satu kesalahan mesin basuh dalam kedai dobi ni. Satu pun tiada stamping sticker dari Metrologi, anak syarikat yang menguruskan urusan pematuhan sukatan alat-alat sukat bagi tujuan perniagaan dan perkhidmatan. Tak tau apa tu Metrologi, boleh try google. Oleh itu, anda harus sedar bahawa di Malaysia ada satu organisasi yang memantau pematuhan sukatan ini agar pengguna tidak teraniaya dengan perniagaan yang mengejar keuntungan semata-mata dengan membelakangkan undang-undang. Dalam perkara ini akta yang digunapakai di Malaysia adalah di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. Try google atau boleh semak di website www.kpdnkk.gov.my.
#geinwoenterprise
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com
All Rights Reserved.
DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan