Hari ni aku keluar awal. Aku tak mau sangkut dalam jem walaupun aku cuma bawa motor skuter. Sejuk juga pagi ni. Macam biasa aku akan jalan ikut jalan yang biasa aku ikut. Inilah jalan ke ofis yang aku ambil setiap pagi. Kalau aku ikut jalan lain maknanya aku bukan pergi ofis. Hari ni 17 oktober 2017. Hari selasa. Esok perayaan Deepavali. Aku terbayang-bayang apa program nak buat esok. Nak duduk rumah sahaja atau nak pergi berjalan-jalan. Apasal banyak sangat bas sekolah awal-awal pagi ni. AKu pun jadi pelik. Nampak macam bas sekolah kosong. Masa tu lah aku nampak di depan aku ada sebuah bas yang memberi isyarat untuk ke kiri. Kelihatan di belakang bas di ekori sebuah motor skuter. Tiba-tiba bas tersebut menukar haluan dari kiri ke kanan dengan secara mengejut. Motor skuter yang dalam perancangan untuk memotong bas tersebut dari arah kanan dalam keadaan bahaya kerana laluan tersebut telah ditutup oleh bas berkenaan. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana penunggang skuter tu mengelak dari merempuh sisi bas dan melanggar pembahagi jalan di bahagian tengah jalan. Beliau mungkin sempat menggunakan brek bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius sekiranya gagal berbuat demikian. Skuternya menghentam batu tersebut dan bahagian belakang skuter tersebut terangkat kira-kira 45 darjah sebelum terhempas semula ke lantai jalan raya bersama-sama penunggangnya. Di syaki beliau adalah seorang lelaki dari cara pemakaian dan gerak-gerinya. AKu terpaku sebentar melihat kejadian di depan mata ini. AKu berhenti betul-betul disebelah motor yang mengalami kemalangan tersebut. AKu perhatikan penunggangnya. Dia masih terbaring. Kemudian jalan mula menjadi sesak. Dua tiga orang yang kebetulan lalu di situ memberhentikan kenderaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa. AKu juga turut membantu mengalihkan skuter lelaki tersebut ke tepi jalan yang selamat. Boommm, fikiranku terus ke awangan. Segala-gala nampak macam keadaaan masa yang diundur semula ke belakang. AKu terbayang mimpi yang aku alami semalam ketika aku melelapkan mata seketika pada waktu tengahari. AKu melihat dalam mimpi aku sebuah motor skuter yang mengalami kemalangan di hadapan mata ku. Boommm, fikiran ku segera menjadi waras semula. Ku perhatikan lelaki berkenaan sudahpun dipimpin orang ramai untuk ke lokasi yang lebih selamat di tepi jalan. Aku merasakan seolah-oleh dejawu sekejap. Selepas memastikan bahawa lelaki berkenaan dalam keadaan baik untuk meneruskan perjalanannya aku pun beredar dari situ untuk ke pejabat. Persoalannya, adakah mimpi aku semalam adalah amaran yang Allah sampaikan kepadaku? Wallahulam. Allahu Akbar! Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang!
#geinwoenterprise
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com
All Rights Reserved.
DISCLAIMER:
Copying or re-publishing this articles in any manner possible is
illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong
doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan