Hari tu hujan renyai-renyai. Aku keluar awal nak pergi kerja. Tengok meter minyak dah sampai takuk merah. Alamak, kena isi minyak dulu ni. Aku pun teringat kat simpang depan tu ada stesen minyak kerang. Aku selalu isi minyak kat situ sebab tu aku ingat. Sampai ja kat stesen aku tengok pam semua penuh. Aku try scan tengok mana yang dah nak setel boleh aku selit belakang dia. Cantik, motor tu macam dah nak setel. Aku vroom standby belakang dia sebelum ada orang lain perasan. Lepas dia gerak aku pun tinggal motor bawa duit ke kaunter stesen. Selepas beli aku pun datang semula ke pam dan isi minyak motor aku. Dalam pada tu aku dok usha juga kat port pam angin sebab aku rasa angin macam tak bagus ja. Lepas setel isi minyak aku tengok pam angin line clear. Aku terus naik motor dan ke tempat pam angin. Aku pilih yang depan sebab nanti senanglah orang lain yang nak isi angin boleh guna yang belakang. Sedang aku isi angin motor aku perasan ada satu kereta mpv datang dekat dengan motor aku. Aku buat-buat tak nampak sebab aku dok fikir dia nak lalu ja kot. Tapi aku silap. Mpv tu berhenti sebelah motor aku. Aku dok jeling sekali aku nampak ada seorang perempuan keluar dari mpv tu. Aku terus ja pam angin. Malas aku nak sembang-sembang pagi ni. Aku nak cepat. Pam angin lepas tu vroom pi kerja. Tiba-tiba perempuan tu bagi salam kat aku. Aku terus jawab salam dia. Aku angkat muka aku dan pandang dia. Aku tengok muka dia macam risau. Aku diam sekejap. Dia tanya aku. Kalau tayar pancit tu macam mana? Aku tanya kenapa? Dia kata tayar belakang mpv tu kempis macam tiada angin. Aku pun respon dengan dia jap ya puan. Sebab aku tengok muka dia macam baya-baya muka akak aku. Aku pun terus setelkan pam angin motor aku. Akak tu pulak pi masuk balik mpv dia dan alihkan dekat sedikit dengan port pam yang belakang aku tu. Dia keluar semula dan terus ambil pam. Dia bawa pencucuh pam angin tu ke sebelah pemandu. Dia cuba pam tayar belakang mpv tu. Aku pun.dah selesai pam tayar motor aku. Aku cabut kunci motor dan aku cuba tolong akak tu. Aku tengok dia dah pusing balik nak simpan pencucuh pam tu. Aku tanya dia dah pam ke? Dia jawab dah tapi angin tak boleh masuk. Aku tengok tayar yang kempis tu. Aku cakap kat dia kak tayar pancit ni. Aku tanya lagi akak pam macam mana? Dia bagi pencucuh pam tu kat aku dan jawab akak tak tahu nak pam tayar. Aku senyum kat dia. Dia dah macam malu-malu kucing bila dia jawab soalan aku. Okay takpa kak. Mai ikut saya pi kat pam. Dia pun ikut aku. Aku terangkan pada dia. Kalau tayar dia pancit langsung takda angin macam tu akak kena tekan kat pam meter ni icon tayar kempis ni. Kalau tidak angin tak mau masuk kalau akak pam juga. Dia angguk faham. Aku cakap lagi kalau tayar akak tak pancit tapi nampak macam kurang angin akak boleh lah pam macam biasa. Oh gitu ke dik balas akak tu. Aku pun bawa semula pencucuh angin tu dan pam tayar yang lembik habis tu. Tayar dia keras semula. Aku tanya dia lagi ada tayar spare tak? Dia cakap ada tapi kat ofis. Aku jadi pelik. Tayar spare apa simpan kat ofis? Sebab apa tak simpan dalam kenderaan sahaja kan senang. Aku pun angguk tanda faham. Aku bagi tahu dia lagi. Tayar pancit ni tak tahan lama. Mesti kena tukar dengan kadar segera apabila sampai ofis nanti. Dia pula angguk tanda faham. Dia ucap terima kasih dengan aku dan masuk semula dalam mpv. Aku pulak pergi semula ke motor ku. Aku tekan starter motor dah hidup enjin aku pun terus gerak pi ofis. Akak tu pulak pandu mpv dia pi ofis juga. Hujan gerimis lagi. Sampai ja aku kat ofis hujan turun lebat. Teringat aku kat akak tu. Harap-harap sempatlah dia sampai ofis. Aku baru teringat aku lupa lagi satu perkara. Aku tak beli nasi lemak. Dahlah hujan. Lapar jadinya. Ini gara-gara tolong akak tu lah tadi. Tiba-tiba aku terserempak dengan akak ofis aku. Dia pun tegur aku. Aku ya kan sahaja. Selepas itu dia seluk tangan dia dalam plastik yang dia jinjing. Dia bagi aku satu bungkus nasi lemak. Aku tergamam. Aku tanya dia kenapa bagi nasi lemak dengan aku. Katanya hari tu aku ada belanja dia nasi lemak 1 bungkus. Dia memang dah nazar nak belanja aku pulak. Oh gitu cakapku. Dalam hati aku hanya Allah yang tahu selebihnya...
#geinwoenterprise
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com
All Rights Reserved.
DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan