Bab 3 – Gangguan Syaitan
Abang
Kimi merenung wajah abah dengan riak wajahnya sebak. Kemudian dia memandang ke
arah aku pula sambil titisan air perlahan-lahan mengalir dipipinya.
Ditanggalkan cermin matanya dan air matanya dikesat dengan tangan.
“Sekarang
Alisha kat mana abang Kimi?” soal aku pendek.
“Alisha
ada kat atas, kat dalam bilik” jawab abang Kimi.
“Sebulan
dia kat hospital tiada perubahan. Akhirnya doktor membenarkan kami membawanya
pulang kerana tiada apa lagi yang dapat dilakukan oleh pihak hospital”
tambahnya lagi.
Aku
dan abah menganggukkan kepala.
“Doktor
menyarankan agar kami menggunakan cara tradisional atau mencuba pakar-pakar
dari luar negara. Bagi mereka, kes Alisha adalah kes terpinggir dimana, pesakit
mempunyai kesihatan yang baik tetapi berada dalam keadaan tidak sedar seolah-olah
sedang tidur tanpa ada keupayaan untuk ‘berjaga’
atau ‘sedar’ dari ‘state’ yang sedang dilalui oleh
pesakit” panjang lebar abang Kimi bercakap.
“Doktor
tak cakap kenapa Alisha jadi macam tu ke abang Kimi?” soalku lagi.
“Tiada
penjelasan secara saintifik untuk membantu kita memahami situasi ini” balas abg
Kimi semula.
Sekarang
aku faham sebab utama abang Kimi memohon bantuan abah.
“Ucu…saya
nak minta tolong kalau Ucu boleh tolong tengok kan keadaan Alisha ya” pinta
abang Kimi perlahan kepada abah.
Abah
tersenyum dengan kata-kata abang Kimi.
“Ini
semua ketentuan Allah Kimi. Bersabarlah. Dah tentu Ucu akan bantu Kimi dan
Alisha” tambah abah lagi.
Kami
tidak menunggu lama dan terus bangun menuju ke atas untuk ke bilik Alisha
ditempatkan. Dalam perjalanan menuju ke biliknya, tiba-tiba bulu romaku
meremang menggila. Aku segera membaca surah tiga kul dan al-kursi perlahan-lahan
sambil melangkahkan kaki ke atas tangga berkenaan.
Ternyata
rumah ini memang sangat besar. Tangganya sahaja berpusing 360 darjah untuk naik
ke atas. Aku tidak terkejut sangat kerana abang Kimi adalah Arkitek. Rumah ini
merupakan rekaannya sendiri.
Akhirnya
kami tiba di depan bilik Alisha.
“Berbahang
bilik Alisha ni” ucap abah sebaik dia meletakkan tapak tangannya di muka pintu
tersebut.
Abang
Kimi terkejut mendengar kata-kata abah. Baginya tiada apa-apa yang berbahang
dirasainya dihadapan bilik anaknya itu. Aku juga merasakan perasaan yang sama
seperti abang Kimi.
“Rumah
ini penuh dengan penghawa dingin. Macam mana boleh ada rasa berbahang?” ucap
hati kecilku. Tapi aku yakin abah sudah dapat mengesan ‘musuh’ yang bakal dihadapi kelak.
Abang
Kimi membuka tombol pintu dan menolak daun pintu. Tepat sekali tekaan abah
apabila aku masuk ke dalam bilik berkenaan aku dapat rasakan bahang di
dalamnya. Mataku menjelajah ke seluruh penjuru bilik bagi mencuba mengesan
punca bilik berkenaan berbahang.
“Mungkin
ada tingkap yang tidak bertutup barangkali” terang hati kepadaku.
Dapatkan ebook "Berlawan Dengan Syaitan" sekarang di :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan