Konsep keluarga adalah “Institusi
keluarga adalah unit sosial yang kecil dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya
keluarga itu baik, maka masyarakat turut menjadi baik. Kesejahteraan dalam
masyarakat mempunyai hubungan rapat dengan pembinaan individu dalam institusi
keluarga yang berkualiti menurut Islam” (rujukan : http://journalarticle.ukm.my/3419/)
. Semua orang mengimpikan keluarga bahagia. Kalau boleh seperti keluarga kita
sendiri iaitu ada abah, mak dan adik-beradik kita. Kita rasa bahagia dengan
keluarga adik-beradik kita. Bergaduh dan berselisih faham itu perkara biasa
dalam keluarga besar iaitu mempunyai adik-beradik yang ramai. Berbeza kalau
kita merupakan anak tunggal keluarga kita. Keadaan pasti berbeza walaupun kita
tidak mempunyai adik-beradik untuk kita berselisih faham. Anak tunggal
berselisih faham dengan ibubapa dia; cumanya dia beruntung kerana ibubapa tiada
lagi anak yang lain untuk dicurahkan kasih sayang mereka. Oleh itu, anak
tunggal ini ‘ditatang bagai minyak yang penuh’ oleh sesetengah ibubapa.
Tidaklah menjadi kesalahan kerana, sekiranya betul cara asuhan dan didikan oleh
ibubapa, anak tunggal ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Barulah
keluarga akan menjadi bahagia apabila masing-masing memainkan peranan
masing-masing dengan baik. Begitu juga dengan keluarga yang besar. Saya
mempunyai empat adik beradik dengan satu ibu dan satu ayah. Ada kawan saya
mempunyai beberapa adik-beradik dengan satu ayah dan dua ibu; ada juga yang dua
ayah dan satu ibu; maksudnya perceraian berlaku dan anak-anak ini memperolehi
ayah atau ibu tiri. Anak-anak mereka mempunyai saudara tiri. Penceraian dalam
keluarga bukan bererti keluarga tidak bahagia tetapi lebih menjurus kearah
kesesuaian individu tersebut dalam konteks keluarga berkenaan. Perkara yang
paling utama adalah kesesuaian ibu dan bapa dalam membentuk keluarga mereka.
Sekiranya kesesuaian wujud dan kurang pertelingkahan diantara mereka, saying
menyayangi keduanya diantara satu sama lain, pasti anak-anak akan dipantulkan
dengan nilai-nilai positif dan harmoni bagi membolehkan keluarga bahagia ini
tercipta. Dan selepas itu, apabila anak-anak ini membesar dan menjadi dewasa,
mereka juga mengimpikan keluarga yang bahagia. Saya juga mengimpikannya kerana
ganjaran Allah kepada sesiapa yang berkahwin adalah sangat tinggi disisiNya (Firman Allah SWT dalam Surah An-Nuur 24; Ayat 32 : “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”)(Rujukan : http://www.surah.my/).
Kita diibaratkan membina ‘masjid’ sekiranya kita berani menyahut cabaran Allah
untuk berkahwin kerana bukan semua orang sanggup berbuat demikian dengan alasan
tidak bersedia dan sebagainya. Keluarga bahagia bukan berlandaskan kemewahan
dan material semata-mata. Ia merupakan satu perjalanan bagi satu pasangan yang
berkongsi hidup dan beranak-pinak. Seterusnya, anak-anak mereka pula meneruskan
tradisi berkenaan dan beranak-pinak pula. Perjalanan yang dimaksudkan adalah,
konsep keluarga itu sendiri adalah berkongsi hidup bersama-sama dan meneruskan
hidup. Sekiranya sesebuah keluarga itu ‘gagal’ menghadirkan kebahagiaan yang
dikehendaki, kemungkinan keluarga tersebut akan terjebak dengan
keporak-perandaan dalam hubungan kekeluargaan dimana ibubapa dan anak-anak
menghadapi konflik yang tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana ahli dalam
keluarga dan akhirnya mereka berpecah-belah dan seterusnya institusi keluarga
ini runtuh dengan sendirinya apabila sampai waktunya. Oleh itu, keluarga yang
bahagia sangat penting dalam menyumbangkan kekukuhan dalam hubungan
kekeluargaan yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan ketika. Saya
bersyukur kerana keluarga ibubapa saya kukuh sehinggalah ibu saya meninggal
dunia. Saya dan adik-beradik lain membina keluarga kami sendiri selepas ibu
tiada. Ayah pula cuba membina semula keluarga baru kami dengan berkahwin lain.
Masing-masing kini sudah mempunyai keluarga bahagia masing-masing dengan
‘acuan’ masing-masing. Saya juga sudah mempunyai anak-anak dan begitu juga
dengan adik-beradik saya yang lain, masing-masing juga sudah mempunyai
anak-anak. Anak-anak inilah yang akan meneruskan legasi keluarga bahagia kami
di masa depan. Kita boleh membimbing mereka dari sekarang agar menjadi seorang
individu yang cemerlang agar disuatu masa nanti, mereka akan mampu untuk
membentuk keluarga mereka yang bahagia juga.
Rujukan :
2. http://journalarticle.ukm.my/3419/
“Konsep
keluarga berkualiti menurut Islam”
#geinwoenterprise
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
#victoryventureevo
#potensidiri
#rahsiatarikhlahir
COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO ) Ent. http://www.geinwo.com
All Rights Reserved.
DISCLAIMER:
Copying or re-publishing this articles in any manner possible is
illegal and prohibited. The author will take legal action to any wrong
doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan