Bab 1 – Kerasukan
Sakit
kepala aku hari ini tengok banyak fail bersepah di atas meja. Semalam aku balik
lewat malam selepas menghantar abah pulang ke rumah dia. Aku rasa macam tak
cukup tidur. Abah pula berpesan agar aku tidak lupa untuk datang ke rumah dia
petang nanti. Aku mengambil sebotol minyak cap kapak di dalam laci dan membuka
penutupnya. Ku tuangkan sedikit dihujung jari yang ku letakkan dimuncung botol
tersebut; lalu ku sapu minyak itu di kiri dan kanan dahiku. Kepalaku rasa ‘berangin’ kerana kesan dari sapuan
minyak berkenaan. Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi. Aku cuba menenangkan
minda. Teringat aku dengan ayat yang abah ajar untuk sakit kepala. Aku pegang
ubun-ubun kepalaku. Aku baca ayat yang abah ajar, perlahan-lahan sakit kepala
aku beransur kurang. Aku menyambung kerja sehingga ke petang. Sedar tidak sedar
masa berlalu, dipendekkan cerita aku dah sampai di rumah abah.
Lepas
bagi salam, aku pun naik menuju ke pintu rumah abah apabila terdengar suara
abah menjawab salam aku. Aku tengok tiada sesiapa di ruang tamu. Aku pun duduk di
sofa. Kemudian, aku nampak abah datang membawa dua buah cawan berisi air. Aku
bangun dan bersalam sambil mencium tangan orang tua ku ini.
Selepas
kami berdua duduk dan meneguk air di dalam cawan tersebut, abah bertanya
kepadaku, “Banyak kerja ke hari ini?” tanyanya spontan.
“Bolehlah
tahan banyaknya..” jawabku ringkas tetapi penuh tanda tanya. Aku mengerut
kening sebentar apabila memandang ke arah abah.
Abah
bertanya lagi, “Sakit kepala lagi ke hari ini?”
Terus
tegak bulu roma aku. Aku tertanya-tanya dalam hati,”Bagaimana abah boleh tahu
ni…?” Aku pun mengiakan perkataan abah itu.
“Ada
baca ke ayat yang abah ajar tu?” tambahnya lagi.
Aku
cuma mengangguk-anggukkan kepala.
“Boleh
bawa kereta tak? Kita nak pergi dua tempat jauh sedikit ni” tanya abah semula.
Aku
cakap dengan abah yang aku boleh pandu kereta dan bawa dia ke tempat yang
dikehendaki.
“Insya
Allah abah” jawabku pendek.
Abah
pun segera masuk ke dalam semula, menukar pakaiannya dan keluar semula selepas
15 minit dengan sebuah beg kecil ditangan kanannya. Dia terus mengajakku
beredar. Aku pun ikut dia turun sekali. Abah mengunci pintu rumah sebelum masuk
ke dalam keretaku. Dalam masa 10 minit kami sudah berada dilebuhraya. Aku pun tidak
tahu ke mana destinasi yang aku hendak pergi. Cuma abah yang tahu dan dia hanya
membantu menunjuk arah sahaja. Segala arahan yang dia beri, aku hanya menurut
sahaja. Sekiranya ke kiri, ke kirilah aku, sekiranya ke kanan, ke kananlah aku.
Dalam masa yang sama, aku teringat perkara yang dia beritahu aku semasa aku pulang
dari rumah dia kelmarin. Memang sebelum aku keluar rumah abah, aku ada dengar
bunyi macam orang berlari keliling rumah dia.
Aku
memandang muka abah dengan perasaan terkejut. Abah meletakkan jari dibibirnya,
memberikan isyarat supaya aku mendiamkan diri. Kira-kira 1 minit kemudian,
bunyi tapak kaki orang berlari di keliling rumah tidak kedengaran lagi. Aku
terus bertanya dengan abah berkenaan bunyi tersebut. Abah hanya menjawab ringkas
iaitu ada orang hantar ‘spy’. Aku
faham maksud tersirat abah tetapi aku tidak faham sebab ‘spy’ itu dihantar ke rumah abah. Abah tidak menjawab persoalan aku
tetapi hanya terus ke pintu dan membukanya.
Hari
memang sangat gelap. Apa yang kelihatan dalam kesamaran malam itu hanyalah pokok-pokok
buah asam abah yang melintuk-lintuk ditiup angin. Pada masa itulah aku rasa
tiba-tiba angin yang sepoi-sepoi bahasa itu bertukar menjadi agak kuat dan
kelihatan satu lembaga hitam yang menyerupai tubuh manusia berlari mengelilingi
rumah tersebut dihadapan kami dengan sepantas kilat seiring derapan tapak kakinya
yang kuat.
Abah
segera menenangkan aku dan berpesan agar segera membaca surah al-kursi. Aku
mengikut arahan abah dan membaca dengan perlahan-lahan sambil mataku masih meliar
ke sekeliling kawasan rumah dalam usaha untuk mengesan semula dimana lokasi
lembaga hitam itu sekarang. Kami masih mendengar derapan tapak kaki di belakang
rumah dan di sekelilingnya.
Pada
masa itulah, pintu di belakang kami tertutup dengan kuatnya seolah-olah seperti
dihempas dari dalam. Aku agak terkejut namun abah segera menenangkan aku dan
mengarahkan aku meneruskan pembacaan ayat al-kursi. Abah juga terus membaca
ayat-ayat dari al-quran. Tiba-tiba angin yang kuat tadi berhenti. Bunyi orang
berlari sudah tiada lagi. Keadaan menjadi sunyi sepi. Pada masa itulah abah
memberikan keizinan untuk ku pulang ke rumah. Pesannya hanya satu, berhati-hati
dijalan raya.
Tiba-tiba
aku dengar suara abah mengarahkan aku agar memberikan isyarat lampu untuk
keluar dari lebuhraya. Mengelamun aku dengan kejadian kelmarin. Aku terus
memandu keluar dari lebuhraya dan selepas membayar tol kami menuju ke sebuah
gerai makan di tepi simpang keluar dari plaza tol.
Dalam
masa 15 minit, aku dan abah kembali ke dalam kereta dan bergerak menuju ke
destinasi. Aku hanya ikutkan sahaja arahan abah ibarat ‘waze’ bergerak. Akhirnya sampai juga kami ke lokasi yang dicari. Jalan
ini yang menuju ke destinasi yang dituju agak lurus dan panjang sehingga ke
hujung jalan. Kelihatan sebuah rumah banglo besar di tengah hutan. Agak sunyi
kerana landskapnya dikelilingi pokok-pokok yang lebat dan tinggi. Tiada rumah
lain yang dapat dilihat disekitarnya dan bagiku rumah ini terletak umpama dalam
hutan kecil.
Setelah
meletakkan kenderaan dihadapan rumah tersebut. Kami berdua keluar dari kereta
dan bergerak menuju ke pintu rumah. Agak pelik kerana tiada langsung pagar atau
tembok yang dibina di kawasan rumah. Sebaik-baik tiba di hadapan pintu rumah,
bulu romaku terus naik. Abah sedar berkenaan kebimbanganku dan terus berpesan
kepadaku agar beristighfar sebanyak-banyaknya sehingga aku kembali tenang.
Abah
memberi salam. Tidak lama kemudian, tuan rumah membuka pintu dan keluar
bersalaman dengan abah. Rupanya anak buah abah, abang Kimi. Aku memang kenal
abang Kimi, anak kakak abah. Aku turut bersalaman dengan abang Kimi. Kami
dijemput masuk dan duduk di sofa diruang tamu.
Sungguh
besar rumah abang Kimi. Aku tengok abah dan abang Kimi rancak bersembang.
Mataku terlihat ke atas apabila aku nampak kelibat warna hitam kat bucu siling
kat atas tangga ke bilik atas. Aku rasa terkejut apabila terlihat kelibat
berkenaan. Tiba-tiba abah perasan dan bertanya kepadaku, “Kenapa bang?”
Aku
pun memandang muka abah dan muka abang Kimi. Aku terasa kaku sekejap. Kemudian
abah mula menumpukan perhatiannya kepadaku dan berkata, “Takpa, beritahu apa
yang abang nampak tu”
Aku
pun mengumpulkan tenagaku semula dan bercerita kepada abah tentang mahkluk yang
ku lihat sebentar tadi. Kami semua berpandangan diantara satu sama lain.
Kemudian pandangan kami terarah ke sudut yang aku ceritakan itu. Walaupun susuk
warna hitam itu sudah tiada, ia masih tetap misteri kepada kami buat masa ini.
Tiba-tiba
ada seorang perempuan datang ke arah kami sambil membawa minuman. Perempuan itu
adalah isteri abang Kimi. Dia tidak nampak gembira. Raut wajahnya dalam keadaan
sedih dan tertekan. Selepas dia menghidangkan minuman di atas meja kami, dia
terus menuju ke dapur semula tanpa sebarang kata-kata. Isteri abang Kimi hanya
melemparkan senyum terpaksa kepada abah dan aku sahaja. Kami pun hanya
membalasnya dengan terpaksa juga.
Abah
terus menjalankan edisi siasat berkenaan kes yang menimpa anak abang Kimi
semasa percutian dua bulan lepas. Abang Kimi bercerita dengan pantas dan
pendek. Dia memberitahu abah bahawa pada dua bulan sudah, dia membawa ahli-ahli
keluarganya untuk bercuti dan menyewa sebuah banglo ‘homestay’. Lokasi ‘homestay’
ini agak terpinggir namun disebabkan kemudahan yang ada di dalamnya menyebabkan
abang Kimi sekeluarga bersetuju untuk menyewanya buat beberapa hari.
Didalam
‘homestay’ ini ada sebuah kolam
renang terletak betul-betul di tengah-tengah bahagian rumah ini. Bukan itu
sahaja, bilik untuk penginapan juga banyak. ‘Mod’
ceria sudah terpampang disetiap wajah ahli keluarga abang Kimi namun apa yang
berlaku seterusnya amat memeranjatkan semua termasuk abang Kimi sendiri.
Pada
malam itu, iaitu malam pertama mereka semua menginap dirumah tersebut, Alisha
iaitu anak abang Kimi tiba-tiba diserang ‘histeria’
di hadapan kolam mandi tersebut tepat selepas maghrib. Semua anggota keluarga
menjadi panik dengan keadaan tersebut kerana tiada sesiapa pun yang
menjangkakannya. Ini adalah kerana, Alisha seorang gadis yang mempunyai susuk
tubuh yang kecil dan kurus. Oleh kerana itu, apabila Alisha mampu ‘menerajang’ sepupunya yang bernama Adam
sehingga remaja berkenaan terjatuh ke dalam kolam renang tersebut, sememangnya
ada sesuatu yang luarbiasa sedang berlaku ke atas Alisha.
Abang
Kimi terus menghubungi pemilik ‘homestay’
berkenaan memandangkan Alisha sudah bertindak ganas dan membahayakan
keselamatan anggota keluarga yang lain. Ini adalah untuk mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan rumah yang mereka sewa.
Apabila
ditanya melalui telefon, pemilik rumah menyatakan kepada abang Kimi bahawa
tiada perkara ganjil yang pernah berlaku di rumah berkenaan sehingga ke hari
apabila abang Kimi menyewa rumah tersebut. Walaubagaimanapun, pemilik bertanya
kepada abang Kimi sebab beliau dihubungi kerana dia bersedia membantu sekiranya
ada apa-apa masalah dirumah berkenaan. Oleh itu, abang Kimi menceritakan
perihal anaknya Alisha yang sedang ‘kerasukan’
di dalam rumah berkenaan sehingga ‘menerajang’
sepupu lelakinya sehingga jatuh ke dalam kolam renang di tengah rumah. Apabila
mendengar abang Kimi memaklumkan masalah tersebut, beliau berjanji akan datang
dengan seberapa segera ke rumah miliknya itu.
Dalam
masa setengah jam, pemilik ‘homestay’
berkenaan sampai bersama-sama seorang rakannya yang dilihat berpenampilan
seperti seorang ustaz. Selepas bersalam-salaman, ustaz sahabat pemilik rumah
berkenaan cuba untuk memulihkan anak abang Kimi yang sedang dalam ‘kerasukan’. Ustaz tersebut datang
mendekati Alisha. Gadis berkenaan masih lagi duduk dengan kaki lurus ke
hadapan. Kepalanya masih tunduk ke lantai. Rambutnya yang panjang itu menutupi
keseluruhan wajahnya.
Jari-jari
tangannya mengerekot seolah-olah sedang memegang ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ustaz
tersebut memberi salam kepada Alisha dengan nama penuhnya selepas dia
mendapatkan maklumat berkenaan dari abang Kimi ketika sampai tadi. Alisha tidak
membalas salam tersebut.
Dia
tidak bergerak langsung. Dia masih kaku di tepi kolam renang itu. Suasana pada
ketika itu sangat-sangat sunyi. Ibaratnya, jikalau terjatuh sebarang jarum ke
lantai pasti akan kedengaran. Ustaz semakin merapati Alisha. Dia memberi salam
buat kali kedua kepada gadis berkenaan.
Tiba-tiba
‘gedegang’ bunyi sesuatu jatuh ditepi
kolam. Meja terbalik dengan tiba-tiba dan jatuh ke lantai. Semua orang terkejut
dengan bunyi tersebut. Kesemua mata bertumpu ke arah bunyi barang jatuh
tersebut. Lokasi berkenaan betul-betul disebelah kiri, dibelakang tempat Alisha
terpaku pada masa ini.
Isteri
abang Kimi tiba-tiba menjerit dengan kuat kerana dia terkejut apabila Alisha
sudah ‘ghaib’ dari tempat dia duduk
tadi. Ustaz juga terkejut kerana Alisha berada di depannya sebentar tadi. Hanya
beberapa saat sahaja dia berpaling dan gadis berkenaan sudah tiada. Keadaan
semakin genting. Kesemua mereka yang berada berpandangan diantara satu sama
lain.
“Mana
Alisha bang!” jerit isteri abang Kimi kepadanya.
Abang
Kimi sedikit panik kerana dia sendiri tidak tahu ke mana perginya Alisha.
“Mana
si Alisha ni? Diculik ke? Terbang ke dia? Takkan Alisha ghaib begitu sahaja?”
bisik hatinya.
Pemilik
rumah berkenaan tiba-tiba bersuara, “Encik Kimi, rasanya kita kena berpecah
cari anak encik dalam rumah ini. Saya percaya dia telah disorok oleh makhluk
yang telah merasuknya”
Oleh
sebab itu, mereka bersetuju untuk memulakan operasi mencari Alisha didalam
rumah berkenaan. Mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan
1 merupakan pasangan tuan pemilik rumah dan ustaz. Abang Kimi berpasangan
dengan anak lelakinya Aaron dalam kumpulan 2 dan abang iparnya berpasangan
dengan anaknya Adam dalam kumpulan 3.
Isterinya
di arahkan untuk tunggu di dalam rumah bersama-sama anggota keluarga yang lain
sementara mereka memulakan operasi mencari Alisha di dalam rumah dan sekitar
rumah. Sekiranya sesiapa yang berjaya menemui Alisha dikehendaki untuk
memaklumkan kepada yang lain bagi mendapatkan bantuan. Mereka harus segera
menjalankan operasi mencari dan menyelamat kerana waktu semakin lewat. Alisha
mesti diselamatkan dengan segera. Mereka tidak mahu sesuatu yang lebih buruk
berlaku kepada gadis berkenaan.
Namun
abang Kimi percaya, ini semua dugaan tuhan kepadanya kerana tuhan itu maha adil
dan maha penyayang.
Dapatkan ebook "Berlawan Dengan Syaitan" sekarang di :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan