(P) Santau
Satu hari tu abah call aku. katanya ada kecemasan. aku pon buat
macam biasa. lps abis keje aku pi jumpa abah kat umah dia. dia pun xciter
panjang, ajak balik kg skrg. aku jadi terpinga2 dgr perkataan tu dr mulut dia.
abah pun trus amik beg dia dan trus keluar..aku pon ikut sekali. on the way
pergi ke destinasi tu abah xckp apa2. aku trus drive kete straight dlm 2 jam 45
min. sampai ja. aku tengok umah makcik lena. aik..naper pi sini. aku tengok
abah keluar dah. aku pon keluar juga. lps bg salam, aku nmpak anje ( anak cik
lena) . dia cium tgn abah sbb abah ni pakcik dia. adik cik lena. aku pun masuk
umah ikut abah dgn anje. kami trus pi masuk bilik kat tkt atas. tengok cik lena
sdg berbaring atas katil. muka dia pucat lesi. dia mcm xbertenaga
langsung..nmpak lesu. abah pun berckp2 dgn kakak dia. apa yg dia tanya aku pon
tak tahu. tetiba cik lena duduk. aku tengok abah terkumat kamit baca sesuatu.
perlahan sangat, tak tahu apa yg abah baca. pastu anje dtg balik bawak besen
plastik buh depan mak dia. dlm 10min cenggitu lps abah selesai baca doa. cik
lena terangguk angguk mcm nak muntah..anje duk blkg mak dia..diusapnya blkg cik
lena yg secara mengejut muntah depan aku dgn abah. abis muntah tu jatuh dlm
besen tu. aku tengok muka cik lena pucat lesi...aku jenguk2 dlm besen tu.
terkejut beruk aku. ada rambut, kaca halus2 aku tengok...bercampur dgn darah.
abah pastu baca balik doa bila cik lena dah baring semula. cik lena nmpak letih
sesangat tp muka dia dh nmpak ok sket berbanding sblm muntah tadi. selesai
sudah, abah suh anje buh muntah mak dia dlm satu plastik, pastu balut dgn surat
khabar. on the way balik aku try tanya abah pasal cik lena. betul ke cik lena
kena santau? abah ckp ya..memang cik lena kena santau. berderau darah aku. abg
tengok ada 'barang' dlm bekas muntah cik lena tadi. abah aku ckp betul la tu
apa yg abg tengok. esokla abah citer. abah nak tido jap..sampai nnt kejut
abah..nnt abah bangun aku sambung citer ni balik...
...sampai
ja depan umah abah, aku pon stop. parking bawah pokok asam. aku tengok abah
tido lagi...letih kot ni. aku pon kejutkan abah. abah, abah...sampai dah. aku
goyang2 kan bahu dia. abah pun terjaga, dia tanya lama dah kita sampai? aku jd
pelik, baru ja bah..abah tanya lagi, abg dh naik umah belum? aku pon ckp belum
lg kenapa bah? ok takpa. jom naik. aku ckp dgn abah..abg kena balik dulu
bah..jam dh menunjukkan jam 12.00 tgh mlm. abah ckp, jom naik abg...abah nk ckp
sket. nk kena naik pulak...esok aku keje pagi...aku pon ikut abah naik ke
rumah. dia pergi bilik air. aku lepak jap kat sofa. nmpk abah pakai kain..nk
solat kot. pastu dlm 10 minit camtu abah dtg kat aku...dia tanya aku tau ke
santau tu apa? aku pon jawab tau sket2 abah. mcm cik lena tadi lah..dia kena
santau kan?..abah ckp mmg kakak dia kena santau. tp yg ni santau yg 'dihantar
melalui udara'..org yg buat tu pon abah tau dan kenal. aku pon tanya sapa abah?
abah ckp tak payah tau la..biar rahsia. kita doakan yg baik2 ja. yg penting dgn
izinNya, cik lena dah pulih semula. aku tanya kenapa org tu buat cik lena? abah
ckp..biasala dengki, dendam dan sakit hati adalah sbb2 org guna santau. abah
ckp lg kalau lewat sket lagi..kakak dia akan jadi lebih mudarat dn bole membawa
maut. bahaya santau ni sampai bole bawa mati...aku tanya mcm mn bole kena abah?
walhal tak keluar rumah pon. abah ckp org tu hantar ke rumah..mn ada lubang2
tiris ke angin bole masuk..masukla dia..tak bole nk ckp, bende ni dtg tanpa
diundang..
...kalau dah
'terkena'...salah satu tanda dia..batuk yg berpanjangan...kdg2 keluar
darah...utk permulaan...pastu kdg2 mcm ada 'bende' yg pelik2 keluar masa kita
batuk tp nmpak mcm khayalan dimata kita. bdn akan rs xsedap. dan kita akan mula
mimpi bende yg pelik2...cara nk sembuh mmg kena 'keluarkan' apa dia 'ramuan' yg
org tu campur masa sediakan 'santau' yg dia nk antar..abah ckp lg, berserahla
pd Nya sentiasa krn dia yg maha berkuasa atas segalaNya..pastu aku tanya
abah...knp abah xbg abg balik dulu td?..oo...yg itu..abah ckp...ada 'bende'
ikut kita balik...(=>citer tajuk lain).
<Tamat - Santau>
COPYRIGHT © 2000-2017 by StormG, GEnius INteractive WOrks ( GEINWO )
Ent. http://www.geinwo.com
All Rights Reserved.
DISCLAIMER: Copying or re-publishing this articles in any manner
possible is illegal and prohibited. The author will take legal action to any
wrong doing or unethically of conduct.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan